Sabtu, 10 Oktober 2009

CNC or NCN
















Tengok pada tajuk pun boleh tertanya2. CNC ni semua well known as Computer Numerical Control. It some kind of computer programming for milling, lathe or combine of both. Last 2 years ada bawa student untuk F1 car competition. Masa tu tak banyak sekolah yang dipilih untuk pertandingan ni sebab equipment yang disediakan very limited. Training involved SolidEdge modelling, CNC dan wind tunnel [aerodynamic analysis]. Lepas tu training lagi seminggu khas untuk solidedge V17 di UiTM shah alam. Masa tu sempat ler godek2 CNC ni. Lupa brand tapi jenis bench top dan ada 4 axis... seronok juga tengok dan menimbulkan minat. Bila tanya cost machine CNC ni..wow..boleh terbeliak bijik mata dan dari CNC jadi NCN [no can not..hahah]. Kenapa benda ni timbul balik minat ialah sebab terasa kepayahan bila nak custom parts macam nak precision drilling, part cutting untuk abs box dsb. Memula konon-kononnya nak buat ler stabilizer untuk camcorder..hasilnya hampes..malu nak tayang gambar dia kat sini.

Sekarang ni kalau tgk kat ebay, ada juga CNC yang kosnya agak murah sekitar USD700-800 inc shipping. Cuma tengah fikir samada pelaburan ni berbaloi kerana as hobbyist biasanya duit keluar je dan bukan nak buat income. Benda ni pun very learning curve dia sangat lama juga sebab nak memahamkannya....mmm..maybe next year punya aim kot bila ada budget yang jatuh dari langit...kalau propose bos beli utk student ok gak..hehe..agak jealous juga tgk rakan2 yang ada CNC ni.

2 ulasan:

9W2BSR berkata...

Kalau ada barang nak di CNC kan... email the sketch/drawing to me... kalau ada masa, nanti saya usahakan... CNC kat rumah dah lama tak potong aluminum...
[* ]8-D

IBRAHIM KADRI berkata...

Terima kasih diatas kesudian. Saya cuba2 dulu nak design..lama tak guna software so kena study balik..heheh