Q&A

Kenapa perlu QSL card?
QSL card adalah penting untuk confirmation bagi setiap perhubungan 2 hala. QSL card menunjukkan keistimewaan si penghantar kad tersebut. QSL yang cantik dan berkualiti bukan sesuatu yang perlu dimegahkan, sebaliknya ianya adalah seperti maruah kita sebagai warga radio amatur dimana kita menunjukkan kesungguhan dalam hobi ini. Agak janggal juga jika kita mampu membeli rig yang mahal tetapi tidak mempunyai kad qsl yang sesuai. Jika dihitung kos kad QSL agak tinggi juga terutamanya kos untuk penghantaran ke stesen amatur di luar negara. Jika anda tidak mahu pertukaran QSL card, silalah beritahu semasa QSO sedang berlangsung bahawa anda tidak mahu menerima/menghantar sebarang QSL card ataupun memberitahu di qrz.com. Adalah menjadi kewajipan kita untuk membalas kad qsl yang diterima terutama jika rakan tersebut menyertakan biaya penghantaran semula. Kebanyakkan warga radio amatur merekodkan kad yang mereka hantar dan sangat mengharapkan ianya dibalas. QSL card juga adalah satu keseronokkan kerana ianya boleh dikumpul dan dihantar keseluruh dunia. Seperti kata pepatah 
" ...the Best End of QSO is paper QSL!!!"
" The QSO take a short time - the QSL is FOREVER"

Dimana mahu membuat QSL card?
QSL card boleh ditempah secara online melalui internet. Banyak pencetak diluar negara yang memberikan perkhidmatan cetakan QSL card. Namun ianya tidak berbaloi dan kenapa perlu membeli diluar negara sedangkan di negara kita juga boleh mendapatkan QSL card yang setanding.

Mengapa perlu membuat QSL card melalui 9m2ibrQSLprint?
Banyak sebab untuk membuat kad qsl melalui saya :-) antaranya ialah sebab:
  • Harga yang competitive
  • Berkualiti
  • Design mengikut permintaan pelanggan
  • Cepat dan pantas
  • Penghantaran lebih murah
  • Mengikut standard
Bolehkah saya mencetak qslcard dengan commercial printer?
Boleh, tetapi kebanyakkan commercial printer hanya membuat cetakan dan artwork perlu dibuat sendiri. Disamping itu QSL card mempunyai saiz tidak sama dengan saiz poskad biasa. Saiz poskad kebanyakkan lebih besar. Harga cetakan juga bergantung kepada finishing dan jika mahu saiz kad mengikut saiz standard iaitu 90mmX140mm, maka kos tambahan diperlukan untuk custom cutting. Harga mencetak kad di pencetak kommersial juga kebanyakkannya sangat mahal sehingga menjangkau RM700 utk 1000 keping. ;-(.

Bagaimana 9m2ibrQSLprint boleh memberikan harga yang kompetitif?
Saya telah melalukan survey harga tidak kurang dari 50 syarikat percetakkan untuk mencetak poskad dan dapat memenuhi spesifikasi QSL card. Saya bukan ingin mengambil keuntungan berlebihan sebaliknya saya amat berbangga jika qsl kad yang dibuat melalui saya meberikan kepuasan kepada anda dan tersebar di seluruh pelusuk dunia. Disamping itu, saya bukanlah sepenuh masa membuat qsl kad kerana saya juga mempunyai kerja yang tetap. Ini adalah sebagai tugas sampingan disamping mempunyai hobi radio amatur seperti anda juga.

Apakah perbezaan QSL card yang dicetak dengan mencetak kad sendiri dirumah menggunakan printer laserjet colour atau inkjet?
Perbezaannya sangat ketara terutama dari segi kualiti dan kos untuk bilangan kad untuk jumlah yang banyak. Cetakan sendiri juga mudah untuk menghasilkan pembaziran kerana cetakan yang silap dan saiz kad juga sukar disetkan. Pendek kata, ianya lebih rumit. Kecualilah jika anda cuma menghantar 1 kad sahaja sebulan ;-).

Apa bezanya jika qsl kad dicetak di kedai gambar?
Saiz gambar yang dicetak di kedai gambar digital ialah 4R iaitu bersaiz 4"X6" sebaliknya QSL card ialah 3.5"X5.5". Selain itu, kertas 4R juga sangat nipis dan sangat finger magnet [mudah kotor jika disentuh]. Kos juga agak mahal iaitu kira-kira 35sen - 70sen sekeping. Dari segi kuali cetakkan adalah hampir atau menyamai offset printing tetapi cetakan kedai gambar tidak menerima fail vector seperti ai, cdr atau pdf sebaliknya hanya menerima rasterize image seperti jpg.

Kenapa perlu fail vector untuk cetakan offset?
Ianya kerana fail vector tidak bergantung kepada pixel seperti fail rasterize image. Hasil dari fail vector boleh diperbesarkan tanpa mengurangkan kualitinya sebaliknya fail image seperti jpg tidak boleh diperbesarkan dan jika dilakukan juga maka kualitinya sangat mendukacitakan anda. 

Apakah dia proof?
Proof ialah contoh hasilan yang akan dicetak kelak bagi pengesahan pelanggan. Biasanya akan dihantar dalam bentuk pdf. Pelanggan diminta menyemak dan mempersetujui proof tersebut dan menginfokan jika terdapat kesilapan. Sebarang kesilapan selepas cetakan adalah tidak menjadi tanggungjawab kepada saya.

Berapa lama cetakkan boleh disiapkan?
Biasanya mengambil masa 3 hari namun jika cetakan memerlukan finishing seperti matt/gloss/uv spot, tempoh lebih lama diperlukan iaitu 5-7 hari berkerja. Designing mengambil masa 1-2 hari bergantung kepada kemahuan anda. Lebih mudah jika anda mempunyai contoh QSL card yang anda gemari atau anda mempunyai idea anda sendiri berkenaan susun atur kad tersebut. Saya bukan seorang artistik dan kebanyakkan idea saya juga datang dari pemerhatian qsl kad yang ada di internet. Creativiti datang dari anda dan saya membantu dari segi conversion kepada artwork. ;-)

Bolehkah kad ditempah dalam jumlah yang tertentu?
Bagi cetakan offset, bilangan sangat mempengaruhi kos. Bilangan cetakan kad yang paling optimum ialah 1000 keping namun kebanyakkan stesen radio amatur agak sukar menghabiskan kad tersebut maka kad juga boleh ditempah dalam bilangan 500 keping. Jika anda sering pile-up dxing, maka bilangan 2000 keping keatas juga boleh ditempah dan kos bagi setiap keping akan menjadi sangat murah. Biasanya tempahan adalah dalam gandaan 500.

Apakah produk selain dari qsl kad?
Produk utama saya sebenarnya ialah verification stamp dan QSL card serta eyeball card adalah produk sampingan ;-)