Selasa, 8 September 2009

K12 morse keyer


Lama juga tak pegang solder. Minta maaf pada 9M2GET sebab ambik masa lama untuk siapkan keyer ni. Bukan apa, sibuk sangat kebelakangan ni terutama byk kena menghadiri kursus dan mesyuarat. Dikesempatan ini dapat juga hasilkan semula K12 ni. dimana sebelum ni kehabisan stock chip ni. Baru sempat nak order. Untuk rakan2 yang tak qsl apa dia k12, k12 ialah programmed chip oleh K1EL utk morse keyer. Kelebihan k12 ialah ia boleh tx morse on air guna 2m fm transiever. Ada banyak kelebihan K12 ni. Sesambil buat, sempat juga ambil gambar dan video. Atas permintaan 9M2GET, K12 ni khas untuk icom IC2200 beliau. Just plug and play tanpa memerlukan external power. Power diambil dari rig tetapi kalau nak QSO kena cabut dan masukkan mic/ppt HM133 tu semula. K12 ni sesuai untuk sesiapa yang nak belajar CW on air bersama rakan. Kalau ada squeez/iambic paddle lagi senang. Tapi ianya juga boleh guna straight paddle.

Manual untuk K12 boleh diperolehi disini.

Video dibawah merupakan short introduction tentang homebrew pcb untuk K12. Ianya sangat mudah dikendalikan dan sesuai untuk rakan-rakan yang nak ambik CW test. Sori sebab suara tenggelam disebabkan soundtrack. soundtrack adalah lagu 'Canon Rock'..Layan...

0 ulasan: