Isnin, 15 Disember 2008

Kisah sedih disebalik Kent Engineer paddle..branded lagi besh


Paddle ni agak mahal juga. Disebabkan mahal, so terpaksa beli dalam bentuk kit. Sebenarnya paddle ini ada seorang rakan/hamba Allah yang minta saya belikan. Tetapi malangnya setelah barang tiba, beliau mempunya masalah yang bertimpa2 dan tak dapat membayar kos paddle ini. Setelah hampir 7 bulan berlalu, paddle ini masih tidak diambil dan setiap bulan beliau berjanji untuk ambik bulan seterusnya. Sekarang ni beliau terus senyap menyepi tanpa berita. Dengan berat hati dan keterpaksaan saya ambik kent paddle ini dan pasang paddle tu walaupun sebenarnya saya dah ada black widow paddle W5JH (For sell utk sesiapa yang berminat) . So nampaknya saya terpaksa jual Black Widow tu pagi menampung kos kent paddle ini. Kent paddle ini dibuat dari solid brass dan tapaknya dari steel. Agak berat juga dan very solid. Yang bagusnya ianya sangat konsisten. Made in germany. Akhir kata, jadikanlah kisah ini sebagai iktibar. Bukan apa mungkin sesama rakan radio tapi mengambil kesempatan ketas orang lain bak kata pepatah "walaupun antenna sama panjang tapi tx power lain2".

0 ulasan: