Sabtu, 6 September 2008

Apakah ini?

Saya tertarik dengan hell mode di HF. Saya terfikir bagaimana dari frequensi bunyi boleh diubah menjadi maklumat. Kemudian saya terfikir pula berkenaan kod bar yang boleh dikatakan ianya boleh dilihat dimana-mana. Apa yang ingin saya ketengahkan ini mungkin juga ada kena-mengena dengan radio ham tapi tahukah anda bahawa gambar diatas merupakan sejenis bar kod 2 dimensi. Didalam kod ini tersembunyi pelbagai maklumat. Bukan sahaja nombor bahkan alphanumeric dan bit juga boleh dimasukkan ke dalam bar kod ini. Bar kod jenis ini dipanggil sebagai QR code atau Quick Response kerana decodingnya amat pantas sekali. Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan dengan QR code boleh layari wiki http://en.wikipedia.org/wiki/QR_Code.
Bagaimana untuk decode QRcode? Mudah sahaja...anda cuma memerlukan telefon bimbit berkamera. QRcode akan didecode sejurus lens dapat melihat code ini.
Bagaimana caranya untuk mendapatkan software decoding? Ada pelbagai software untuk QRcode ini. Antaranya ialah quickmark dan i-nigma. Quickmark adalah yang termudah setelah saya guna di WM6.1. So tak mustahil suatu hari nanti aplikasi QRcode ini akan meluas. Gambar diatas tu sebenarnyanya adalah namecard saya. So sesiapa yang berminat boleh decode dan save ke phone anda.

Bagi mengetahui lebih mendalam sila ke laman web ini.
http://www.quickmark.com.tw/En/basic/index.asp

0 ulasan: