Sabtu, 19 April 2008

Miniature sqrpions CW iambic paddle..

Kalau hendak membuat paddle secara homebrew memang sangat digalakkan. Cumanya jika hendak buatan itu berkualiti tentulah memerlukan bahan dan juga alatan spt mesin cnc dsb yang mampu menghasilkan paddle yang berkualiti serta tahan lama. Kalau ada rakan yang mempunyai informasi bagi mendapatkan kit untuk paddle yang termurah dan berkualiti bolehlah infokan disini. Disini saya ingin memberikan info berkaitan paddle scqrpion kit oleh W5JH. Sesuai untuk sebagai backpacker qrp. Kalau tengok harganya agak berpatutan. Sesiapa yang ada menggunakannya bolehlah menginfokan disini. Ianya diperbuat dari brass tapi jika dilihat mungkin tiada bearing digunakan tapi mungkin hanya menggunakan teflon bushing. Paddle return pula hanya menggunakan spring dan tidak kelihatan ianya boleh di adjustable. Harganya pula bermula dari USD33 untuk original (saiz kecil) dan USD36 untuk bigfoot widebase model termasuk penghantaran. Rasanya ini sesuai untuk para beginner yang baru nak pegang2 paddle dan tentulah tak setanding seperti begali magnetic traveller light yang harganya mencecah riban..:-)

Untuk maklumat lanjut bolehlah melayari web ini http://www.azscqrpions.org/.


Yang ni pula compact dan precision CW paddle oleh acratech. Acratech ni productnya kebanyakkan adalah untuk dslr seperti ballhead dan juga quick release. Tapi taksangka mereka menceburi dalam bidang pembuatan paddle CW ini. Terdapat dalam dua versi iaitu aluminum dan brass cnc. Nampak kecil dan ringkas. Masih belum ada review dari mana2 laman web so tak sure bagaimana prestasinya. Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan boleh menghubungi acratech di http://acratech.net/.

Ni email yang baru sahaja saya terima dari Acratech.

Hi,

I am sorry, but we do not have any more CW paddles. There is just not enough interest to make more.

Best regards,

Scott

0 ulasan: