Rabu, 30 April 2008

Black widow paddle..

No siri 575
Finger piece macam pemetik gitar punya je..HI ada gambar labah2 so harmonic takut nak usik...HI
Digandingkan dengan keyboard keyer
Dok sebelah TS480SAT...HI

Bungkusan yang dapat hari tu adalah dari Jerry W5JH yang merupakan iambic paddle Black Widow. Apa yang menarik dengan paddle ini adalah ada dua mekanisma paddle return iaitu secara spring dan magnet. Saiz base paddle ini cuma 3"X3" sahaja. Nombor siri paddle tersebut ialah 575. Malas nak buat finishing, cuma gosok2 sikit dengan kertas pasir jer dan terus pasang. Paddle ini juga fully adjustable. Rasa lain macam sikit sebab baru belajar nak guna sebabnya sebelum ni guna button di keyboard je. apapun karang boleh bawak benda ni pegi exam..HI

Ahad, 27 April 2008

Apakah dalam bungkusan ini?



Baru dapat barang hari ini. Apa agaknya yer dalam tu..heheh

Jumaat, 25 April 2008

Rockmite freq counters.

Sekarang ni agak bersemangat nak hasilkan qrp transeiver sendiri. Bermula dengan rockmite 40, kemudian membuat enclosure, seterusnya ingin dilengkapkan dengan frequency counter. Semua project ini masih dalam perancangan. Walau apapun persediaan rapi perlulah dilakukan..cheeewahh. Preject ini ialah untuk menambahkan frequency counter pada rockmite menggunakan hex dari DL4YHF. Kebetulan masih ada PIC 16F628A yang masih belum digunakan. Barangan yang diperlukan adalah:
622140 - LED DISPLAY, 0.52" RED CC Character size:13.2mm; Colour, LED:Ultra Red; Character type:8.; Colour, background:Grey; Common connection:Cathode; Current, If lumi;
8734690 - NPN BC546B
4424165 - FAIRCHILD SEMICONDUCTOR BF246A
9342052 - RESISTOR, 0.25W 1% 560R Series:MF25; Resistance:560R; Tolerance, resistance:±1%; Power rating:0.25W; Temperature, operating range:-55°C to +155°C; Resistor element type:Metal Film; Voltage, rating:250V dc; Temperature;
4667451 - Crystal Frequency:20MHz; Frequency Tole; VISHAY DALE XT49S 20M XT49S-20 B04 E2.
9760423 - MICROCHIP PIC16F628A-I/P 8BIT FLASH MCU, 16F628, DIP18 Timers, No. of:3; Bits, No. of:8; Frequency, clock:20MHz; Memory size, RAM:224Byte; Memory size:2KB; Temp, op. min:-40°C; EEPROM size:128Byte; Temp, op. max:85°C; I/O lines, No. of:16; Memo;
Nanti sambung lagi..hehehehe

Khamis, 24 April 2008

SWL Rockmite enclosure options

Masih menuggu kehadiran Rockmite 40 yang masih belum tiba. Sepanjang tempoh itu, sempat juga saya mencari beberapa component untuk melengkapkan rockmite itu nanti. agak mahal untuk membeli bersama komponen sampingan untuk rockmite di smallwonderlabs.com. So bagi memudahkan rakan2 yang ingin melengkapkan kit, disini saya berikan part number untuk component yang diperlukan. Parts ini boleh didapati di Farnell Newark.

1280747 - Description: -->SOCKET, 3.5MM JACK, STEREO; Connector type:RCA/Phono; Gender:Socket; Termination method:Solder; Mounting type:Chassis; Diameter, pin:3.5mm; Colour:Black; Poles, No. of:3; Ways, No. of:3; Size:3.5mm (5 pieces/pack)

1020951 - Description: -->SOCKET, BNC, BULKHEAD, 50R; Connector type:BNC, Coaxial; Impedance:50R; Material, contact:Brass; Plating, contact:Gold; Body style:Straight Bulkhead Socket; Termination method:Crimp; Mounting type:Bulkhead;

1216726 - Description: -->SOCKET, LOW VOLTAGE, 2.1MM, CHASSIS; Gender:Jack; Outlets, No. of:1; Termination method:Solder tab; Mounting type:Chassis; Length:22mm; Material:Copper; Diameter, External:11mm; Diameter, panel cut-out:8mm

1217034 - Description: -->PLUG, LOW VOLTAGE, 2.1MM; Current rating:1A; Voltage rating, AC:12V; Colour:Grey; Connector shell size:37; Insulation Resistance:100MR; Length:9.5mm; Length / Height, external:46.5mm; Material, insulator:POM ; Plating, c

4786956 - Description: -->1N5818 - Schottky Rectifier; Repetitive Reverse V; Available until stocks are exhausted Alternative available

1387745 - Description: -->CABLE, COAX, RG174AU, PER M; Impedance:50R; Conductor make-up:7/34AWG; Diameter, External:2.8mm; Material, conductor:Copper plated Steel; Material, primary insulation:Polyethylene; Coaxial cable type:RG174A/U; Approval

Casing, knob dan 1M potensiometer boleh didapati dimana2 kedai electronic bersesuaian dengan saiz yang diingini. Nanti saya akan updatekan hasil rockmite ini selepas ianya siap.

cherio

Selasa, 22 April 2008

Elecraft KX-1 vs PFR-3

PFR-3

Elecraft memang terkenal dengan pembuatan kits untuk radio. Terbaru adalah penghasilan KX-1 iaitu all band CW QRP txcvr. Tapi harga barangan elekraf ini tak berapa nak murah. Basic rig je dah mahal lepas tu akalau ditambah dengan option2 yang lain, harganya mampu mengatasi rig yang all band all mode. Oleh yang demikian mungkin timbullah satu radio kit yang dihasilkan oleh 'Melt solder' Steve Weber KD1JV. Bentuknya mirip macam KX-1. So apapun kita tunggu pula harga dan review oleh rakan2 diluar sana berkenaan dengan Portable Field Radio (PFR-3) ini. Dengarnya cuma terdapat 3 bands iaitu 20, 30 dan 40m dan akan mula dijual pada 15 May nanti iaitu selepas Dayton. Untuk maklumat lanjut sila click disini.

KX-1

Sabtu, 19 April 2008

Miniature sqrpions CW iambic paddle..

Kalau hendak membuat paddle secara homebrew memang sangat digalakkan. Cumanya jika hendak buatan itu berkualiti tentulah memerlukan bahan dan juga alatan spt mesin cnc dsb yang mampu menghasilkan paddle yang berkualiti serta tahan lama. Kalau ada rakan yang mempunyai informasi bagi mendapatkan kit untuk paddle yang termurah dan berkualiti bolehlah infokan disini. Disini saya ingin memberikan info berkaitan paddle scqrpion kit oleh W5JH. Sesuai untuk sebagai backpacker qrp. Kalau tengok harganya agak berpatutan. Sesiapa yang ada menggunakannya bolehlah menginfokan disini. Ianya diperbuat dari brass tapi jika dilihat mungkin tiada bearing digunakan tapi mungkin hanya menggunakan teflon bushing. Paddle return pula hanya menggunakan spring dan tidak kelihatan ianya boleh di adjustable. Harganya pula bermula dari USD33 untuk original (saiz kecil) dan USD36 untuk bigfoot widebase model termasuk penghantaran. Rasanya ini sesuai untuk para beginner yang baru nak pegang2 paddle dan tentulah tak setanding seperti begali magnetic traveller light yang harganya mencecah riban..:-)

Untuk maklumat lanjut bolehlah melayari web ini http://www.azscqrpions.org/.


Yang ni pula compact dan precision CW paddle oleh acratech. Acratech ni productnya kebanyakkan adalah untuk dslr seperti ballhead dan juga quick release. Tapi taksangka mereka menceburi dalam bidang pembuatan paddle CW ini. Terdapat dalam dua versi iaitu aluminum dan brass cnc. Nampak kecil dan ringkas. Masih belum ada review dari mana2 laman web so tak sure bagaimana prestasinya. Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan boleh menghubungi acratech di http://acratech.net/.

Ni email yang baru sahaja saya terima dari Acratech.

Hi,

I am sorry, but we do not have any more CW paddles. There is just not enough interest to make more.

Best regards,

Scott

Rabu, 16 April 2008

QSO card yang tak berisi..

skrg ni agak kesibukan kerana kesuntukan masa untuk menyiapkan buku program hari kecemerlangan sekolah. Tengah2 buat editing menggunakan indesign tetiba ada rakan guru yang memberikan surat dari US. Terkejut juga dibuatnya. Rupanya steven K1EL menghantarkan gantian untuk resistor 66.5k 1% yang tercicir sewaktu penghantaran kit K40CWR. Disamping itu terdapat QSO card dari beliau. Mungkin ini adalah QSO card yang pertama saya terima walaupun belum pernah QSO secara dx lagi. :-)


Isnin, 14 April 2008

W1AW CW Training mp3 files archives:

Latihan penggunakan Q codes: Sejak kebelakangan ni frequency yang sering digunakan untuk training kerap berlaku QRM. Ini menyebabkan QSO sering terbantut. Rakan yang sering training bersama pula sejak dua menjak ni agak QRL dan sering QSY frequency lain. Ini tidak mematahkan semangat untuk terus mempelajari CW secara berseorangan (muka sedih). Bagi yang mempunyai nasib yang sama seperti saya, kita bolehlah mendownload CW training mp3 yang disediakan di memorial Hiram Percy Maxim W1AW di arrl. Speed adalah bermula dari 5 wpm sehingga 40 wpm. Digalakkan untuk mendengar dan mencatat dahulu sebelum verify menggunakan text file yang disediakan. Selamat mencuba semua...
5 WPM files/ 11-Apr-2008 09:59 -
7.5 WPM files/ 11-Apr-2008 09:59 -
10 WPM files/ 11-Apr-2008 09:59 -
13 WPM files/ 11-Apr-2008 09:59 -
15 WPM files/ 11-Apr-2008 09:59 -
18 WPM files/ 11-Apr-2008 09:59 -
20 WPM files/ 11-Apr-2008 09:58 -
25 WPM files/ 11-Apr-2008 09:58 -
30 WPM files/ 11-Apr-2008 09:58 -
35 WPM files/ 11-Apr-2008 09:58 -
40 WPM files/ 11-Apr-2008 09:58 -

Khamis, 10 April 2008

Dual input/output Stereo MicroAmp

Project ni dah lama disiapkan. Ingat nak guna sebagai micropreamp untuk echo board tetapi kerana saiznya agak besar dan juga sukar untuk memasukkannya dalam enclosure maka saya membuat mic preamp yang lebih mudah dan kecil. Kepada rakan yang berminat untuk membuatnya bolehlah download schematic, pcb transfer dan component layout dibawah. Cuma guna singgle IC 4558 dan 2 biji pemuat tidak berkutub 1uF (tantalum). Sesuai untuk dibuat sebagai stero earphone amp dan sebagainya..

Rabu, 9 April 2008

K40 enclosure.

Nak update sikit berkenaan dengan K40 ni. Skrg ni ianya dah dimasukkan ke dalam bekas dan penyambungan ke interface echo telah dilakukan. Agak mudah untuk QSO dan tx CW pada masa yang sama. Kepada rakan yang ingin belajar bersama-sama bolehlah emailkan saya dan mungkin kita boleh gunakan salah satu simplex frequency yang ada. Pemasangan alat CW reader agak tergendala kerana part yang diterima tidak mencukupi. Satu perintang bernilai 66.5k 1% telah tercicir menyebabkan kit tak dapat disiapkan. Skrg ni tgh tunggu k1el untuk mendapatkan gantian. Alhamdulillah dengan bantuan alat ini semua alphabet dan nombor 0-9 dapat dihafal dalam masa sehari. Skrg ni masih lemah dalam mendengar/mentafsir bunyi morse code. Insyaallah dengan latihan berterusan akan menjanjikan kejayaan...amin.
--... ...-- -.. . ----. .-- ..--- .. -... .-.
Practice make perfect..

Selasa, 8 April 2008

Pixie II

Saya ingin bertanya kalau ada rakan-rakan yang QSL tentang pengubahsuaian litar pixie II bagi bekerja di frequensi 6m dan 10m. Kalau sesiapa boleh membantu silalah beri komen pada posting ini. Ini kerana saya bercadang untuk membuat pixie II sebagai transiever CW dan beroperasi di 10m atau 6m untuk project yang seterusnya. Pada rakan yang pernah membuat/mengguna/merasai sebarang jenis QRP cw transiver boleh infokan disini yang mana yang paling mantap sekali. :-)
Disini saya ingin memberikan review kepada perkhidmatan pembelian component secara online di Newark Farnell. Secara keseluruhannya saya sangat berpuashati dengan service syarikat ini kepada para pelanggannya. Saya sekadar ingin mencuba perkhidmatan dengan membeli beberapa passive component disana. Secara kesimpulannya:-
  1. Penghantaran cepat atau lambat bergantung kepada stok barangan samada dia warehouse asia atau di warehouse US/UK. Maximum adalah 5 hari bekerja. Asia warehouse - next day delivery.
  2. Pilihan agak banyak bagi komponen tertentu dari harga yang rendah ke harga yang tinggi mengikut spesifikasi samada nak yang general purpose atau high precision.
  3. Pembungkusan yang rapi. Air blister envelope.
  4. Penghantaran oleh GDex.
  5. Pencarian komponen yang mudah di laman web.
  6. Layak untuk penghantaran percuma bagi pembelian RM20 keatas bagi WM dan RM300 untuk EM.

Isnin, 7 April 2008

Most Complete International Morse Code (With Standard AND Net Q-Signals!)

Saja untuk berkongsi dgn semua. Document adalah disediakan oleh WE6W. Untuk memudahkan rakan-rakan semua saya convert ke pdf supaya senang didownload dan dibuat rujukan terutamanya oleh orang macam saya yang baru nak kenal morse. antara yang dimuatkan ialah:
  1. Morse code table
  2. International extension
  3. Special number groups
  4. Prosigns
  5. Q Signal
  6. Common abbreviation
  7. Q signal special net control
  8. Japanese kana syllables

Bolehlah didownload dan dibuat sebagai handbook setelah dicetak untuk rujukan dari masa kesemasa.

Khamis, 3 April 2008

K40 Keyer LCD hookup

Semalam adalah pemasangan LCD kepada K40. Pemasangan tergendala disebabkan tiada datasheet untuk LCD 16X2 Optrex ni. Ianya berfungsi dengan baik setelah Vbb diadjust pada pot. LCD backlight masih belum dipasang lagi. Next project : Pemasangan K40CW reader.

Rabu, 2 April 2008

K40 PS2 keyboard CW keyer

Kali ini saya ingin memberikan review berkenaan kit ini. Pemasangannya cukup mudah kerana semua perkara dijelaskan didalam manual (perlu didownload). Kit ini berupaya utk menghantar CW dari 5wpm sehingga 99wpm. Paddle key adalah optional dan keyboard juga boleh dimapkan menjadi dit dan dah key. Semua setting hanya dilakukan dengan menekan keyboard. Semua jenis keyboard boleh digunakan kecuali jenis AT. Saya sangat mengesyorkan alat ini pada rakan-rakan kenana dengan kit ini kita cuma perlukan keyboard sahaja so tak perlu membeli paddle terutamanya untuk belajar CW. Tidak lupa juga ada CW practice mode (read dan echo) dan beacon function. Sambungan ke rig/handie juga sangat mudah kerana ianya dilengkapi dengan output PTT dan AF. Kit berharga USD34 boleh didapati di laman web http://www.k1el.com/. Lepas ni mungkin boleh belajar CW dengan rakan2 di 2m secara on air.

The K40 is a small low power PIC based CW keyboard that is packed with features and is inexpensive. The single board has a PS/2 style keyboard connector, on board piezo speaker, circuitry to drive an off board speaker, low level audio output, an iambic keyer interface, and open collector PTT and Key outputs. The design uses two 14 pin PIC processors, requires no crystals, and has an on board 5 volt regulator that powers both the K40 PC board and the attached PC keyboard."