Menyumbatkan pcb
Dual input preamp guna strip board
Macam takleh muat jer
Opss dah siap.
Sekiranya rakan-rakan ingin mencari komponen untuk sebarang projek electronic, biasanya kita kena merayau dan survey di Jalan Pasar. Kadang-kadang ianya tidak praktikal untuk pergi terutamanya yang duduk jauh contohnya macam Kuala selangor nak pegi KL. Minyak, tol, parking..semua mahu dibayar. Oleh yang demikian, ianya menjadikan tidak berbaloi terutama bagi memenuhi keperluan hobi dalam radio amatur. So lebih praktikal sekiranya kita membeli parts secara online di internet. Walaupun tidaklah seperti digikey, mouser mahupun radioshack di US dimana mereka mempunyai beratus ribu component, tapi di Malaysia pun tidak kurang hebatnya. Disini saya memberikan URL untuk order komponen secara online. Rakan2 boleh komen jika ada pengalaman membeli komponen secara online.
Cytron - Service sangat cepat dan harga berpatutan. Hari ni order..esok dah sampai.
RS Malaysia - belum cuba order lagi.
Farnell Newark - Belum cuba tapi harganya agak berpatutan terutama untuk membeli secara pukal/bulk.
Insyalah kalau saya teringat saya akan cuba masukkan majalah EPE ke blog saya untuk didownload oleh rakan-rakan. Dalam majalah Everyday Practical Electronic atau ringkasnya EPE ini terdapat perbagai ilmu dan hands on untuk kita mencuba. Majalah ini adalah based di UK dan harganya juga agak mahal kalau dibeli. Bagi yang tidak mampu membeli macam saya ni, cuma boleh download je la dan baca kat komputer. Kalau anda rajin anda boleh printout ebook dalam bentuk pdf ni ke hardcopy dan membaca secara offline dengan rakan2 lain semasa tanggo-tangoo...
Terdapat ralat pada schematic voice echo yang dibawah. IC yang digunakan ialah PT2399 dan bukan voice modulator Holtek HT8950 seperti yang ditunjukkan. Disini saya ingin berkongsi beberapa homebrew yang boleh dikongsikan. Project ini adalah untuk effect pedal gitar tapi ianya mungkin boleh digunakan untuk suara. Tak banyak componen diperlukan. Rakan yang tidak menjumpai IC princeton PT2399 boleh contact saya. Rakan yang telah mencuba bolehlah infokan samada litar ini berjaya atau tidak.
Untuk schematic, pcb layout dan pcb transfer boleh click disini.
Ini adalah cara bagaimana nak buat PCB bagi orang yang nak buat homebrew tapi taknak berbelanja lebih..:-). Jangan risau, hobi radio ni takde yang mahal2 asalkan taste jangan tinggi...hehhe. Disini di tunjukkan cara bagaimana untuk membuat PCB. 1. Download eagle software atau sebarang pcb layout program yang sewaktu denganya. Create schematic board yang hendak dihomebrew.
3. Dengan menggunakan Glossy photo paper size A4 cetakkan litar keatasnya. Ini lebih murah berbanding heat transfer film mahupun uv resist PCB. Cetakkan hanya boleh dibuat menggunakan laser printer SAHAJA.
4. Potong kertas litar tersebut dan letakkan pada copper clad board yang telah dipotong mengikut saiz yang telah ditentukan. Gunakan seterika dengan kekuatan 80% dan gosokkan kertas ke copper tersebut. Iron selama 5-10 minit.
5. Sediakan tupperware kecil dan isikan air beserta sabun. Rendamkan pcb yang masih panan ke dalamnya dan biarkan 20-30minit.
7. Kemaskini dan perbaiki litar dengan menggunakan etch resist pen mahupun permanent marker. Biasanya tak banyak yang nak ditouch up. Kecuali kalau nak cepat buat dan tergesa2..jadiler macam kat atas tu..:-)
8. Eching process dimulakan dengan membuat water bath air panas keatas ferric chloride. Goncangkan dan pastikan kadar corrosionnya seragam. Gunakan forcept atau ikatkan benang dan tidak menggunakan tangan seperti gambar diatas..:-)
9. Cuci litar tersebut dengan air yang banyak.
10. Lap/keringkan litar dan cuci dengan thinner bagi membuang ink toner.
11. Drilling process. Gunakan mata 0.8mm untuk semua komponen kecuali switch atau connector guna 1mm.
12. Componen population dan soldering..
Terima kasih kerana sudi membaca.
Minta bantuan rakan2 yang dapat assemble code tersebut menggunakan mpasmwin. Saya masih menemui kegagalan dan dah 3 bijik 12c509a rosak. Tak sure masalah ni berpunca dari mana. Rakan2 yang mempunyai kebolehan dalam programming PIC bolehlah membantu dan bertukar2 fikiran.
Saya akan cuba programkan pic tersebut dan jika ada rakan berminat untuk dapatkan pic dengan pic yang telah diprogram beserta hardcoded callsign atau assembled pcb bolehlah hubungi saya nanti.
Seharian sejak semalam membuat litar etching dan memasang komponen. Dalam pukul 7 malam baru siap. Nampaknya feng3 nyer PIC programmer ni memang berfungsi. Cuma mula2 dia bermasalah disebabkan tersilap on sw2 (Vpp First). Komponen utk programmer ini juga senang nak cari di jalan pasar cuma Zif socket 40 pin tu jer harganya agak mahal. Hati-hati dalam pemasangan transistor jika menggunakan BC547/557 kerana kakinya terbalik berbanding 2N3904/3906. Rakan2 bolehlah mencuba yer. Cumanya picprog version 1.06A tidak support JDM programmer ini. Mungkin kena guna yang version lama. Gunakan winpic800. Saya berjaya memprogramkan pic16f84a dengan jayanya...:-)
Sebelum ni dah beli yang siap pic programmer USB dari http://www.bizchip.com/. Harganya agak mahal juga. Bila lihat pada supported devices, pic jenis 12C509A tidak dapat diprogramkan. Oleh yang demikian terpaksalah membuat secara homebrew pic programmer berasaskan kepada JDM. Oleh disebabkan kemalasan nak redesign schematic maka terus jer download pcb dari laman web feng3 ni. Yang terkini adalah v5r2.
Ni adalah projek seterusnya. Biasanya IC ni guna untuk effect gitar. Tak sure boleh dapatkan atau tak IC HT8950 atau Realtek RTS0072 ataupun WIN8072. Rakan-rakan yang QSL mana sumber boleh dapat IC ni boleh bagitau saya.
Update 9 Mac 2008: Satu jalan pasar telah dijelajah, langsung tak jumpa IC ini. apa boleh buat....
HT8950 datasheet
Projek kali ni adalah untuk menghasilkan audio yang bergema seperti berkaraoke gitu. Berasaskan kepada ic princeton technology. Projek masih dalam percubaan dan insyaAllah dalam minggu ni hasilnya boleh diperolehi. Homebrew ini juga menggunakan LM386 sebagai mic preamp dengan boost. Sebarang cadangan bolehlah emailkan pada saya...
For Free QSL Card sample, please click this link.