Ahad, 7 Oktober 2007

my QSL card

Ini percubaan kali pertama menghasilkan QSL card. Pada rakan yang berminat, bolehlah dapatkan pdf dari saya. Menggunakan format black and white sahaja sebab takde printer colour. hhehe. Untuk informasi KSRL tu bermakna 'Kuala Selangor Radio League'. Sapa nak join dialu2kan.


Segala komen dialu2kan.

Rabu, 3 Oktober 2007

New HT dari icom 92AD

The Icom IC-92AD is a rugged 5 watt dualband HT with D-STAR built-in! Three RF power levels are available. It is built military tough and is submersible (1 meter 30 minutes). The 92AD features a multi-line display and keypad entry. Connect the optional HM-175GPS speaker mic to transmit position data - perfect for SAR.

NOTE:

The photo above is a design drawing. Production radios may look different. Information shown is preliminary and subject to change. More information will be posted shortly. Availability is slated for late 2007. The price has not been announced. 09/25/07

NOTICE:

This device has not been approved by the Federal Communications Commission. This device may not be sold or leased, or be offered for sale or lease, until approval of the F.C.C. has been obtained. 09/27/07

Features
  • Dual-Band Operation
  • Alpha Memories
  • Backlit LCD and Keypad
  • Wideband Receiver

Isnin, 1 Oktober 2007

Review of Icom IC-2820H


Ini adalah review kepada radio icom 2820H setelah 2 bulan saya menggunakannya. Icom 2820H adalah adik kepada 2720H yang merupakan dualband rig. Apa yang menarik pada radio ini ialah keupayaannya untuk monitor dua channel/frequency sekaligus. Paparan LCD nya juga agak besar dan luas. Ianya juga mempunyai storan channel yang lebih banyak. Ia juga mempunyai 2 antenna connector dan diversity reception serta dual speaker connector. Selain itu ia adalah d-star compatibility.

Kelemahan radio ini pula ialah ia tidak berupaya untuk membuat crossband melainkan sedikit modifikasi dilakukan dengan membuang diode. PTT button HM133 juga masih terdapat masalah iaitu kadang2 tak dapat transmit apabila ditekan. Namun ianya jarang berlaku berbanding model PTT HM133-v. Selain itu, LCDnya sedikit problem bila dilihat dibawah cahaya yang terang disebabkan reflection. Kalau waktu malam takde masalah.

Kesimpulannya radio ini sangat mudah digunakan dan worth the bucks. Nanti saya akan tambah2 lagi apa yang patut bila teringat..heheh

Mobile setup: icom 2820H, NR22L antenna, MR77 diamond dualband ant dan VR7 antenna. Speaker - opex

Ahad, 23 September 2007

Silent key of sc3ib3

Assalamualaikum rakan2,

Kebetulan pulak ada internet akses di hospital bersalin ni. Dikesempatan ini saya mencoretkan perkembangan terkini berkenaan xyl saya. Alhamdulillah, xyl dah beransur pulih. Mungkin sehari dua ni xyl saya akan discharge dari hospital ni.

Saya ingin mengucapkan terima kasih pada rkan yang membantu dalam menguruskan jenazah harmonic saya hari ini. Terutama pada sc2fy dan fw yang sanggup datang seawal pagi ke hospital bersalin ni. Dengan bantuan fw sebagai pilot, kami bergerak membawa jenazah pulang ke kampung halaman saya di sg besar. fy agak qrl kerana ingin bergerak ke melaka menemui saudara dengan program yang telah diatur. So fw telah membawa saya hingga ke sg buluh jeram kerana diwaktu tersebut saya terpaksa memangku jenazah. Pilot diambil alih oleh fs dan mz membawa jalopy fs hingga ke tg karang. Dipertengahan jalan, kami sempat bersalaman dengan sb. bmd telah sedia menunggu di tg karang dan mz meninggalkan jalopy fs di hospital tg karang dan menaiki jalopy bmd. Kami meneruskan perjalanan hingga ke rumah bonda saya di kampung parit 9 sg panjang.

Di sana orang kampung dan tok imam telah menunggu. Lebih kurang jam 10am jenazah disembahyangkan. Kemudia kami bergerak semula membawa jenazah ke tanah perkuburan bagan terap. Dengan bantuan orang kampung, lubang kubur digali dan bayi tersebut disemadikan. kemudia bmh pun tiba. Kami bersama2 bertahlil di tanah perkuburan tersebut. bme dan bml juga tiba di lokasi tapi malangnya kami sudah bergerak pulang. Kami berkonvoi semula ke rumah bonda saya. Lepastu sesi eyeball pun bermula sambil tanggo2 dan bergurau senda. Sekitar jam 12 tghhari, rakan2 bergerak pulang. Saya pula pulang agak lewat sedikit iaitu selepas zuhur bersama ayahanda mertua.

Itulah coretan untuk kali ini. :-) terima kasih pada rakan yang membantu dan terserlah semangat setiakawan rakan2 sebagai pengamal radio ham sejati. Saya juga mengucapkan terima kasih pada yang rakan yang melawat xyl saya sewaktu saya berada di kampung. Kalau tak salah sc2mh dan satu lagi rakan hadir tapi xyl saya tak qsl.
Terima kasih semua..jasa kalian tidak akan ku lupakan.
de sc3ib/9w2ibr

Khamis, 20 September 2007

Perginya harmonicku buat selama2nya...

Terima kasih atas ucapan dan motivasi dorongan rakan2 kepada saya dan xyl. Untuk informasi rakan, x-harmonic saya telah dipercayai pergi buat selama2nya pada isnin lalu apabila ultrasound dijalankan setelah tiada pergerakan 1-2 hari sebelum tu. Klinik kuala selangor mengarahkan kami pergi ke hospital tg karang dan telah diconfirmkan bayi tersebut telah tiada lagi.

Setelah berbincang dengan doktor dari hospital tg karang dan klang, beliau mencadangkan induce dijalankan. Sehingga ke saat ini kami masih menunggu bayi tersebut dapat dikeluarkan dan disempurnakan jenazahnya. Untuk info, x-harmonic ini adalah yang ketiga dan berusia 27 minggu di dalam kandungan ibunya. Harapan cuma xyl dpt melahirkan bayi tersebut dalam masa yang terdekat.

Kami sekeluarga mengucapkan terima kasih atas ucapan2 dari rakan2 samada melalui handphone mahupun sms yang saya tidak dapat membalas kesemuanya. Terima kasih juga rakan yang sudi datang melawat saya di hospital antaranya sb,mz, mz1, fs, dan bmb. Terima kasih juga kepada 'badak sumbu berendam' yang menemani saya di radio semasa menunggu xyl di hospital. Jasa baik kalian tidak dapat saya lupakan. Sebarang info nanti saya akan infokan diyahoogroup mahupun dijalur jika ada kelapangan. Saya juga mengucapkan tahniah pd oc, py dan jt kerana telah di anugerahkan sc2. Semoga scs sentiasa ceria walau apa dugaan sekalipun.

73 de sc3ib aka 9w2ibr

Sabtu, 15 September 2007

Eyeball tunjang Bistro Kuala Selangor

Eyeball tunjang bistro dihadiri oleh sc3bmd, bmx, bme, bmb, bmo, bmr dan wak. Saja sembang2 di malam hari. Start jam 12AM sampai 0230. Dapat berkongsi-kongsi idea dgn rakan berkenaan radio.

Ahad, 9 September 2007

4X4 jalan Kebun 50 thn kemerdekaan

Pertandingan 4X4 Jalan Kebun yang sangat meriah dihadiri oleh ramai rakan scs. Walaupun cuaca agak panas tapi kemeriahannya sangat mengujakan. Seramai 23 peserta hardcore 4X4 telah bertanding. SCS juga turut mengambil bahagian. Untuk gambar penuh, silalah berkunjung ke http://picasaweb.google.com/brahym/JalanKebun4X4Challenge.

Sekian terima kasih.

Khamis, 26 Julai 2007

SCS Selai 4X4 trip

Rakan dari SCS communication and sport akan menganjurkan siri konvoi 4X4 ke Selai Johor yang bertemakan "memburu Kelah". Selamat jalan kepada semua rakan yang akan mengikuti konvoi ini. Nampaknya tak dpt nak ikut rakan2 semua sebab kena balik ke kampung. Apapun semoga misi rakan2 tercapai...cheriooo

Isnin, 23 Julai 2007

Eyeball Sri Kassim

Supermini eyeball bersama SC3BMQ dan SC3BMG. Tanggo2 ni sesaja berbincang dan mencuri pengalaman rakan dalam 4X4.

Selasa, 17 Julai 2007

Rae Result 2007 -1

TAHNIAH diucapkan kepada seluruh warga SCS Communication & Sport yang berjaya serta kepada peminat radio amatur yang telah LULUS dalam peperiksaan RAE yang lalu. Kepada yang gagal, jangan berputus asa, teruskan usaha, berdoa dan bertawakal.

Seramai 32 orang dari 37 ahli keluarga SCS yang menduduki peperiksaan RAE telah lulus. TAHNIAH dari seluruh ahli keluarga SCS. Kepada yang gagal, jangan berputus asa. Peratus kelulusan adalah 86%

Dipetik dari laman web scs

Keputusan boleh diperolehi di laman web cmc atau disini:
http://www.mcmc.gov.my/ViewWhatIsNew.asp?cc=20580692&winrid=87525577

Ahad, 15 Julai 2007

Kelas membuat antenna


SCS Communication & Sport 4x4 Adventure Team telah menganjurkan satu aktiviti Membuat Antena pada 15 Julai 2007, di Balai Raya Kinrara. Program ini adalah bertujuan untuk mendedahkan kepada ahli keluarga SCS cara-cara membuat antena dengan menggunakan modal yang rendah. Seramai 20 ahli bersama XYL menyertai bengkel ini. Antenna yang telah dihasilkan ialah Colinear cooper, 300ohms J Pole dan 1/4 wave mobile whip antenna.

Jumaat, 22 Jun 2007

Majlis Kenduri doa selamat untuk arwah ayahanda Leck 9W2SLC/SC1LE

Sekadar untik menginfokan berkenaan satu majlis Kenduri doa selamat yang akan diadakan di homeQ SC1WW di Sungai Udang. Majlis juga amat mengalukan-alukan rakan yang ingin bersedekah/menyumbang untuk kenduri ini. Mungkin ada dikalangan warga SCS yang juga kehilangan orang yang tersayang dan ingin turut serta dalam doa selamat tersebut. Kehadiran adalah dijemput untuk semua warga SCS juga XYL.

Lokasi : Base Sc1WW
Tarikh : 22 Jun 2007
Masa : Lepas Isya'

Rabu, 20 Jun 2007

Long QSO bersama rakan hari ini..

Mak ai!!! sedar-sedar je jam rupanya dah pukul 3 pagi. Mula start QSO dengan SC2UN pasal Astro XTS3000 dan perbezaan trunking radio dan amateur..pastu layan pulak dengan SC3MT. Balik base je QSO lagi dgn SC3DT pasal cerita 'Shooter'. Then last sekali QSO dgn SC3HS pasal 2m Halo antenna. Mata dah ngantuk tapi masih lagi nak bersenaman mulut...kekekeke..terima kasih rakan2 kerana sudi bergabung..

73

Isnin, 18 Jun 2007

Eyeball QSO bersama rakan-rakan SCS

Malam ini sempat ber'eyeball' dengan lima orang rakan SCS bravo mike iaitu antaranya:
  1. SC3BMW
  2. SC3BMZ
  3. SC3BMG
  4. SC3BMB
  5. SC3BMR
Lokasi : Depan keris Kuala Selangor
Masa : 8mlm - 1pagi

Memang penuh gelak ketawa dan keceriaan. Memang kelakau..heheheh...jumpa2 lagi rakan2..cherioooooo

Sabtu, 16 Jun 2007

My harmonic SC3IB2 - Nur Farhana Ibtisam

Sesiapa yang nak tau..inilah harmonic kedua saya. Baru umur 9 bulan. Jarang bawak dia pegi kemana-mana. Selalu bawak yang sulung jer...

Selasa, 12 Jun 2007

Pesawat terbang info - Spender TC-144G


General
Frequency Range
144.000-145.995MHz.
Channel No.
------------
Frequency General
Synthesizer(PLL)
Mode Type
FM(F3E)
Channel Spacing
25KHz.
Working Temparature
(-20 C to +55 C)
Working Voltage
7.2 V DC.
Low Voltage Indicator
The battery is lower than 6V.
Frequency Stability:
+/-5ppm (-20 C to +55 C)
Case
Black Rolor
Dimension
53(W)x103(H)x33(D) mm.
Weight
265g.
Transmitter
Output Power
5W. / Lo 1W.
Transmitting Frequency Error :
+/-300Hz.
Transmitting Current
1200mA.
Max. Frequency Deviation:
0.300~2.45KHz./20dB up
Modulation Sensitivity
+/-1.5KHz MIC input 1 KH <12>
Transmitting Distortion
<5%
Tone Frequency Deviation
0.4-0.75kHz.(shape should be good)
Spurious Radiation
60dB.
Adjacent Channel power
<-73dBm.
Harmonious Wave:
<63dbc.
Receiver
Sensitivity
<0.2uv.>
Squelch Sensitivity :
<0.158uv.
Selectivity
73dB.
Spurious Response Rejection:
73dB.
Intermodulation Modulation
70dB.
Adjacent Channel Selectivity
63dB.
Audio Frequency Response:
300~3000 Hz.
Frequency Stability
+/-5 ppm.
Audio Output :
400 mW.
Distortion
<5%>

Sabtu, 9 Jun 2007

SCS Midyear eyeball Kuala Selangor

Macam-macam program pun ada pada eyeball tersebut. Bermula dengan acara Marathon Net Ceria di Kuala. Kemuncak acara ialah eyeball di Restoran Ikan Bakar Pantai Jeram. Seramai lebih 60 station bercallsign yang hadir dan melebihi 200 orang yang datang termasuk XYL dan harmonic. Antara urusetia penganjur yang menjayakan eyeball tersebut ialah:
  1. SC3SB/9W2SBF dan SB1 - Pak Jalil dan XYL
  2. SC3MZ dan SC3MZ1 - Wak Jam dan XYL
  3. SC3FS - Fairus
  4. SC3AZ/9W2AAN - Cikgu Azani
  5. SC3IB/9W2IBR - Cikgu Ibrahim
Antara aktiviti yang dijalankan ialah nyam-nyam, penyampaian hadiah marathon net, Funny game, cabaran mandi basah, karaoke dan byk lagi. Alhamdulillah, semuanya seronok dan gembira di malam tersebut.

Khamis, 15 Mac 2007

Kenangan di Bukit Merah Lake Town bersama 9W2SBF dan 9W2RFJ

9W2RFJ dan XYL serta XYL 9W2SBF
Konvoi 3 jalopy ke Bukit Merah adalah satu pengalaman yang manis buat kami. Seronok dan cheriaa.. walaupun masanya sangat singkat cuma dua hari satu malam, namun keseronokkannya memang tidak dapat digambarkan lagi..kui kui kui. Mungkin lepas ni kami akan mengadakan satu lagi konvoi cuti-cuti sekolah pulak...InsyaAllah

9w2SBF dan 9W2IBR depan tasik


9W2SBF dan XYL serta harmonic