Memaparkan catatan dengan label Homebrewing. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Homebrewing. Papar semua catatan

Khamis, 1 Oktober 2009

Modify wireless microphone untuk camcorder


Ini adalah berkenaan modifikasi mikrofon tanpa wayar murahan untuk camcorder. Bunyi dari mikrofon camcorder tidak begitu cantik jadi external microphone akan menjadikan audio terutamanya suara menjadi lebih berkualiti. Mikrofon ni dibeli di Jalan Pasar dengan harga yang agak murah. Walaupun ianya tidak setanding dengan professional wireless microphone tetapi ianya sedikit sebanyak memperbaiki sistem bunyi video yang dihasilkan.

Selasa, 8 September 2009

K12 morse keyer


Lama juga tak pegang solder. Minta maaf pada 9M2GET sebab ambik masa lama untuk siapkan keyer ni. Bukan apa, sibuk sangat kebelakangan ni terutama byk kena menghadiri kursus dan mesyuarat. Dikesempatan ini dapat juga hasilkan semula K12 ni. dimana sebelum ni kehabisan stock chip ni. Baru sempat nak order. Untuk rakan2 yang tak qsl apa dia k12, k12 ialah programmed chip oleh K1EL utk morse keyer. Kelebihan k12 ialah ia boleh tx morse on air guna 2m fm transiever. Ada banyak kelebihan K12 ni. Sesambil buat, sempat juga ambil gambar dan video. Atas permintaan 9M2GET, K12 ni khas untuk icom IC2200 beliau. Just plug and play tanpa memerlukan external power. Power diambil dari rig tetapi kalau nak QSO kena cabut dan masukkan mic/ppt HM133 tu semula. K12 ni sesuai untuk sesiapa yang nak belajar CW on air bersama rakan. Kalau ada squeez/iambic paddle lagi senang. Tapi ianya juga boleh guna straight paddle.

Manual untuk K12 boleh diperolehi disini.

Video dibawah merupakan short introduction tentang homebrew pcb untuk K12. Ianya sangat mudah dikendalikan dan sesuai untuk rakan-rakan yang nak ambik CW test. Sori sebab suara tenggelam disebabkan soundtrack. soundtrack adalah lagu 'Canon Rock'..Layan...

Rabu, 10 Jun 2009

Echolink interface update - etching

Baru terima UV presensitized board dari escol then terus nak potong. Order size single sided 10X15cm dan double sided 15X30cm. Malangnya harmonic dah buang entah kat mana spindle grinder dengan chuck dia sekali. Frust betul. So nak potong pcb pun dah tak berapa betul.

Selasa, 9 Jun 2009

The world smallest code practice oscillator

Circuit ni simple je. Terdiri dari beberapa component sahaja. Adakah anda berani untuk membuatnya? sahutlah cabaran ini kerana walaupun simple, ianya memerlukan ketelitian yang tinggi disebabkan componentnya hanya terdiri dari komponent surface mount. Sebab tulah ianya dipanggil cw code practice oscillator terkecil didunia. hi hi. Tapi jangan disangka saiznya kecil ini tak berbisa....sikecil ini menghasilkan tone 700Hz yang sangat kuat bergantung kepada bilangan bateri yang digunakan.

Komponen yang diperlukan ialah:
  1. MICREL MIC1557YM5 TR - RM3.70
  2. INTERNATIONAL RECTIFIER IRLML2402TRPBF- RM0.75
  3. RESISTOR, 1206, 1MR, 1% - RM0.20
  4. RESISTOR, 1206, 10KR , 1% - RM0.20
  5. CERAMIC MULTILAYER CAPACITOR, 1206 MCS1206W104K1HRN-P4-RH - RM0.28
Jumlah kos keseluruhan ialah RM5.13 je. Untuk yang berminat, bolehlah donlod schematik dan layout di link dibawah:

http://rapidshare.com/files/242634497/CW_practice_9M2IBR.rar



Isnin, 8 Jun 2009

TinyTrack3+ Board Layout files


Final release board tinytrack3+. Bolehlah rakan-rakan nak download file dibawah. Free dan tak kena bayaran pun cuma jika anda nak pasang component, pastikan anda refer pada schematic asal byonics TT3+ sebab saya tak letak sebarang value untuk setiap komponen. Component placement adalah sama seperti original TT3+. Selamat mencuba..

http://rapidshare.com/files/242111678/Tinytrack_9m2ibr.rar - pdf 66kb

update 09/06/2009 - Link pcb diatas ada kesilapan pada cap C2. Pembetulan seperti lampiran dibawah:
http://rapidshare.com/files/242493572/Tinytrak3.rar pdf 81kb

TinyTrack3+ Board Final

Dah siap punya...sesiapa yang nak layout dalam bentuk pdf jgn segan-silu email kat saya. Pastikan anda menggunakan PCB double side. Risiko atas tangungan sendiri...heheh

TinyTrak3Plus is a APRSTM GPS position encoder which, when connected to a serial GPS and a radio, will transmit its location at an adjustable rate. TinyTrak3Plus is the forth generation in TinyTrak series, and is available as a kit construction project, or as a built and tested unit, providing an inexpensive way to build a mobile tracker without the need for a full TNC. It is configured by connecting to a computer's serial port, and running a simple configuration tool which allows setting of all user options. After that, the computer can be disconnected, and a GPS connected in its place for operation.

TinyTrak3Plus has the following features:
  • Decodes any NMEA-0183 compatible serial GPS sending $GPRMC or $GPGGA sentences. USB only GPSs will not work.
  • Can provide 5V power to an external GPS (such as the Byonics GPS1 or GPS2).
  • Transmits position, altitude, speed, heading, and timestamp (hour/minute/seconds or day/hour/minute).
  • Supports SmartBeaconing, which adjusts transmission rates to speed and turning.
  • Can transmit position in MIC-E, NMEA, or APRS ASCII text format.
  • Two configurations, with all user options switchable.
  • Burst after voice / Send Position Now input.
  • Handles position resolution down to 7 inches.

TinyTrack3+ Board

Hampir siap board untuk tinytrack3+. Cuma ada sikit airwire yang belum berjaya disambungkan. Then nak cari TT3+ chip atau compatible firmware. Ada sesiapa nak donate? hi hi . Maybe nak kena tukar DB9 dengan RJ45 connector untuk disesuaikan dengan icom transiever.

Jumaat, 5 Jun 2009

Homebrewing pcb drill machine.

Ni just nak suggest pada rakan-rakan yang mempunyai air compressor kat umah then boleh gunakan micro air grinder sebagai pcb drill. Kalau nengok pada rpmnya..memang laju..mengalahkan drill dremel 10k-30k RPM. Katanya menda ni leh dapat murah..kat ner lak boleh beli yg murah tu? Paling murah jumpa kat lelong ialah RM159 dan jenama Mr Mark RM388 . Pastu kalau ada benda ni bolehlah buatkan pillar bench dia macam kat sini. so senang sikit rakan-rakan nak drill pcb. Drill yang saya guna skrg tu cap ayam punya...tapi boleh ler dipakaiguna cuma nak drill FRP board susah sikit dan byk makan mata drill..

Rabu, 3 Jun 2009

PCB uv....layannnnnn

LC meter board - credit to phillip rice VK3BHR.
Skrg ni tgh syok sendiri melayan uv exposure...rasa macam nak mengecthing aja kerjanya. Sampai habis stok pcb yg ada. Dah lama dah beli kingsten ni cuma baru time ni nak buat. Untuk rakan2 yang nak beli pcb uv jenama kingsten, leh order kat escol. Harganya mcm lebih murah sikit berbanding tempat lain. Tak sure di Pasar Road berapa sekeping. Di escol untuk jenis paper phenolic PP1015 saiz 10cmX15cm ialah RM9 [packaging warna kuning]. So boleh ler sesapa nak order kat situ. NaOH crystal pon ada rega RM4.60 sepeket [25g]. Kalau nak FeCl pon ada...pendek kata..apa nak semua ada ler kat situ. Cuma yang susah sikit nak buat ialah film. Tak tau jenis transparency film apa yang sesuai utk laser printer dan dpt harga yg murah. Kalau ada budget boleh beli buatan MEGA di farnell khas utk PCB. Tapi harganya leh tahan gak..RM96.38 per pack [10 films]. Transparency biasa tu macam tak berapa lekat tonernya dan tak dpt solid black. Lepas ni mungkin try dengan tracing paper pulak. Try cari di kedai stationary..kalau murah bolehlah di beli dan dicuba.

Second try guna uv exposure

ICD 2 in circuit debugger. Takde macro lens 1:1..so tak dpt nak closeup the pitch track.
Ganteng gak pcb ni..macam buatan profesional...

So far so gud..process uv ni memang repeatability. Hasilannya memang berquality. Very2 recommended process. Memang dari segi kos permulaannya agak tinggi tapi ianya menjimatkan untuk long run. Untuk yang berminat, selain guna pest/insect killer ni, boleh juga guna nail gel curing lamp yang digunakan untuk mengeraskan gel kuku tiruan kat salon/spa tu. Selain tu boleh dapatkan lampu uv serta accessories dari farnell/rs. Pastikan lampu yg digunakan ialah jenis UVA dan bukan UVC...kalau nak tau lebih lanjut..donlod jer pdf pada link dibawah ini [bagi yang berminat je la]

http://rapidshare.com/files/240042237/Pcbs.pdf.html 123kb

Selasa, 2 Jun 2009

DIY pcb using UV pest killer update...

Finished PCB - AVR atmel ICSP programmer

First try buat pcb dgn uv. Jenama uv presensitized board ialah kingsten PP1015. Cuba dgn 2 expose time iaitu 90 saat dan 120 saat. Timer manual digunakan iaitu menggunakan henset nokia 1202 stopwatch hehe..tak sia2 beli henset baru tu. So hasilnya 90 secs exposure adalah yang terbaik. Overall process quite fast.
  1. UV exposure - 1.5 min
  2. NaOH developing - 2 min
  3. Etching - 15 min
  4. Rinsing and thinner cleaning - 0.5 sec
Cuma etching ambik masa lama sikit. Kesimpulannya, uv pcb sangat mudah dan jauh lebih cepat berbanding guna toner transfer yang sangat menyiksakan pembuatannya. Disamping itu uv pcb ni boleh dpt very fine pitch dan seswai utk buat surface mount component. Kalau nak buat double sided pcb pun tak mustahil..cuma processnya mungkin lebih complicated sikit.

After etching. Unexposed pcb in greenish color.

Pengledahan tempat besi buruk

Ronda-ronda petang hari singgah sebentar di besi buruk...alangkah girang rasa dihati kerana terjumpa powersupply lapuk...

Kedai besi buruk Mohan ni tempat feveret juga utk cari barang2 lama...hari ni ada free so jalan2 jap at situ. Diaorg main buang dan campak2 jer circuit board yg lelama. Kena hujan dan panas...mungkin masih ada yg ok..kata benak hati ku...so jumpalah PS board ni. Macam ok lagi dan baru dikopak dari casing. Nak beli sehenget dia tak kasi..then tokey tu up tiga hengget..so beli je la..alang2 dah jumpa. Arap2 leh guna. Output dia ada digital dan analog 5V dan 3.3V seswai utk microcontroller project.

Isnin, 1 Jun 2009

Introducing my uv exposure :-)

Simple and inexpensive
Harmonic pun suka tgk :-)
Compact size dan ultraportable..
Dah cun sangat so taknak modify letak timer...kena guna stopwatch hi hi

Kejap je gi ke kedai kaca/cermin so uv box ni dah pun siap. Bottom reflector guna cermin muka dan bahagian atas guna transparent glass. Lid pulak guna UV protected tinted glass yang agak tebal serta menggunakan hinge yang dilekatkan dengan silicon dan rivette. Size uv unit ni cuma 1.2' X 1' je. Esok pulak nak try performancenya..

Membikin UV exposure unit

Ni bukan membikin cuma mengubahsuai je. Disebabkan nak cepat dan pantas...so beli je made in china insect killer machine ni. 20W siap dengan UV lamp 2 bijik , ballast, starter dan ada casing lak tu. Cuma nak kena tanggalkan capasitor dlm tu. Tgh pikir nak bubuh timer ke tak. Mechanical timer tu diambik dari mesin basuh yang dah kaput. Next process ialah pegi kedai cermin utk beli cermin bahagian atas dan bawah...to be continued...
Out of boxdah terbarai...Capacitor circuit
Starter and ballast
Mechanical timer

Jumaat, 29 Mei 2009

UV exposure box.

Baru nak order UV lamp dari RS. Shatterproof tight bend U tube,25W 240mm 548-206. Harga di laman web RM8.25. Tapi bila dah order, RS bg tau silap letak harga. Tergendala project nak buat UV exposure box.

Dear Sir,
Thank you for your order with RS. However, I'm regret to inform you that are website error for unit price of item RS 548206 x 2.
The correct unit price for item RS 5482062 is @ RM 73.80, total amount is RM 147.60
Kindly acknowledge by return for us to proceed with your order.
We are sincerely apologize for any inconveniences caused.
Thank you.

Best Regards,

Stephanie Lee | RS Components
Customer Service Consultant
RS Components Sdn Bhd
Lot12, Jalan Pensyarah U1/28,

Seksyen U1,
Hicom Glenmarie Industrial Park,
40150 Shah Alam, Selangor.
Tel: +06 03 5032 1133
Fax:
+06 03 5032 2133

Email: stephanie.lee@rs-components.com
www.rsmalaysia.com
P Please consider the environment before printing this email