Selasa, 28 Ogos 2012

Membetulkan twitter feed.

Patut le blog ni takleh masuk dah lama. Rupanya domain hamradio.my dah tak aktif. So kena offkan custom domain blog ni then baru boleh capai balik. Ni try test sync dari blog ke twitter dgn fb.

Sabtu, 18 Ogos 2012

Selamat Hari Raya

Selamat menyambut Aidilfitri. Berhati-hati jika memandu. Maaf zahir dan batin.

Baofeng UV-5R on sale (Raya promotion)

Handie baru. Dlm gambar tu contoh je. Masih dalam kotak. Belikan utk member tapi member lak tak jadi. So jual pd kawan2 yang beminat. Ada satu je ni. Spec boleh google. Secara ringkasnya UV-5R adalah handie yg terbaek dan sesuai utk semua. Dual band, 5W, dot matrik display dan PC programmable.

Harga RM220. Paling murah dipasaran. KL/Sel boleh dihantarkan secara percuma COD. Lelain tempat boleh pos laju RM10. Jika berminat leh email brahym@gmail.com atau sms 0193002591m

Ahad, 12 Ogos 2012

Baofeng UV-5R first impression

Lama tak update blog nih. Kelmarin baru dpt radio ni dari local supplier utk kegunaan sendiri. Agak menarik juga radio ni. Programming pun tak sukar sangat kerana byk video berkenaan radio ni kat youtube. Bentuk pun solid dan sebijik mcm TYT TH-F8 cuma model ni dual band. Audio pun sedap juga. Kelebihan pada bateri dia sebab guna li-ion 1800mAh so handie ni agak ringan kalau berbanding handie yg guna bateri NiMH. Harganya pun tak berapa mahal. RM220 utk satu set handie memang berbaloi-baloi. Cuma kalau nak program lebih baik ada cable. Tgh recce cable pulak ni dgn harga yg murah. Dengan cable handie ni boleh set alphatag kat nama channel. So tak pening kepala!! Utk handie ni saya bagi 4.5star.

Rabu, 9 Mei 2012

Sample request

Buat masa ini, saya tidak dapat menghantarkan sample kerana stok qslcard saya cuma tinggal sedikit. Saya memohon maaf kerana terdapat request yg saya tidak dapat penuhi.

Selasa, 1 Mei 2012

Tawaran Bulan Mei 2012

Tawaran terhad kepada 3 org sahaja. QSL card dgn kertas 230gsm White Ivory. Quantity 500 keping minimum. Double side full colour. Kertas memang lawa..90mm x 140mm.

Harga RM160
Free custom design
Free Shipping.

Sms atau email saya brahym@kusess.edu.my 0193002591

Single side lamination problem

Finishing dgn matt atau gloss lamination memang cantik. Tambahan pula kalau memberi lapisan UV spot pada callsign. Ramai yg bertanya tentang finishing tersebut pada QSL card tetapi saya tidak mengesyorkan finishing single side pada QSL card kerana mengikut pengalaman, kad tersebut akan warping atau dgn kata lain kad itu akan bengkok ataupun tidak rata kerana lapisan tersebut akan stretched. Untuk mengatasi masalah ini, kad tersebut mesti di laminate kedua2 belah. Tapi masalah lain akan timbul kerana lamination akan menyukarkan untuk menulis kad dengan pen biasa.
Oleh yg demikian tempahan QSL card melalui saya tiada lamination. Ia lebih murah dan cepat.

Selamat Hari Pekerja

Lama tak update. Selamat Hari Pekerja 1 May kepada yg berkerja dan berkerja sendiri. Berkerjalah kerana Allah.