Isnin, 15 Jun 2009

Outstation pulak

Baru nak bukak sekolah then kena pegi kursus kat BTPN Perak di Ipoh 15-18/06. Lepastu sambung lak mesyuarat kat Federal KL 18-20/06 lepastu mesyuarat lg kat Ipoh 23-27/06.

Ahad, 14 Jun 2009

Antenna farm

Antenna lama je..service dan naikkan balik. So far setup ni kira ok ler kot. Cuma antenna par end fedz tu dah tak stable. Mungkin dah tamat riwayat dia. Next antenna maybe 2el 20m beam.


Sabtu, 13 Jun 2009

Serpentin font for Callsign

Nak share font untuk callsign. Font ini dinamakan Serpentin Bold Italic. Ianya amat sesuai untuk dibuat sebagai sticker callsign untuk dilekatkan pada jalopy anda kerana rupa bentuknya yang cantik dan menawan. Untuk informasi, font ni disuggestkan oleh seorang rakan 2 tahun lepas. Saya suruh dia buatkan...then sebab lama sangat menunggu, saya pun search selama 4 hari 5 malam untuk dapatkan font yang sama. Akhirnya baru jumpa nama font ni dan fontnya sekali. So kalau dibeli font ni harganya ialah lebih kurang USD25 - USD 69. Tapi dengan murah hatinya...font ini diberi percuma pada anda. Cuma downloadkan font ini ke thumbdrive anda dan bawak ke kedai sticker. Lepas tu suruh diaorg buatkan...Kalau boleh print dulu atas kertas A4 callsign anda dengan menaipkan callsign anda menggunakan MSword bersaiz font 72. Suruh kedai sticker tu tiru saiz yang telah anda print. So sesiapa yang minat boleh download font ni...kalau tak minat..gunalah font apa pun yang kena dengan citarasa anda. Tanpa callsign..siapalah kita.

Rabu, 10 Jun 2009

Echolink interface update - etching

Baru terima UV presensitized board dari escol then terus nak potong. Order size single sided 10X15cm dan double sided 15X30cm. Malangnya harmonic dah buang entah kat mana spindle grinder dengan chuck dia sekali. Frust betul. So nak potong pcb pun dah tak berapa betul.

Selasa, 9 Jun 2009

The world smallest code practice oscillator

Circuit ni simple je. Terdiri dari beberapa component sahaja. Adakah anda berani untuk membuatnya? sahutlah cabaran ini kerana walaupun simple, ianya memerlukan ketelitian yang tinggi disebabkan componentnya hanya terdiri dari komponent surface mount. Sebab tulah ianya dipanggil cw code practice oscillator terkecil didunia. hi hi. Tapi jangan disangka saiznya kecil ini tak berbisa....sikecil ini menghasilkan tone 700Hz yang sangat kuat bergantung kepada bilangan bateri yang digunakan.

Komponen yang diperlukan ialah:
  1. MICREL MIC1557YM5 TR - RM3.70
  2. INTERNATIONAL RECTIFIER IRLML2402TRPBF- RM0.75
  3. RESISTOR, 1206, 1MR, 1% - RM0.20
  4. RESISTOR, 1206, 10KR , 1% - RM0.20
  5. CERAMIC MULTILAYER CAPACITOR, 1206 MCS1206W104K1HRN-P4-RH - RM0.28
Jumlah kos keseluruhan ialah RM5.13 je. Untuk yang berminat, bolehlah donlod schematik dan layout di link dibawah:

http://rapidshare.com/files/242634497/CW_practice_9M2IBR.rar



Isnin, 8 Jun 2009

TinyTrack3+ Board Layout files


Final release board tinytrack3+. Bolehlah rakan-rakan nak download file dibawah. Free dan tak kena bayaran pun cuma jika anda nak pasang component, pastikan anda refer pada schematic asal byonics TT3+ sebab saya tak letak sebarang value untuk setiap komponen. Component placement adalah sama seperti original TT3+. Selamat mencuba..

http://rapidshare.com/files/242111678/Tinytrack_9m2ibr.rar - pdf 66kb

update 09/06/2009 - Link pcb diatas ada kesilapan pada cap C2. Pembetulan seperti lampiran dibawah:
http://rapidshare.com/files/242493572/Tinytrak3.rar pdf 81kb

TinyTrack3+ Board Final

Dah siap punya...sesiapa yang nak layout dalam bentuk pdf jgn segan-silu email kat saya. Pastikan anda menggunakan PCB double side. Risiko atas tangungan sendiri...heheh

TinyTrak3Plus is a APRSTM GPS position encoder which, when connected to a serial GPS and a radio, will transmit its location at an adjustable rate. TinyTrak3Plus is the forth generation in TinyTrak series, and is available as a kit construction project, or as a built and tested unit, providing an inexpensive way to build a mobile tracker without the need for a full TNC. It is configured by connecting to a computer's serial port, and running a simple configuration tool which allows setting of all user options. After that, the computer can be disconnected, and a GPS connected in its place for operation.

TinyTrak3Plus has the following features:
  • Decodes any NMEA-0183 compatible serial GPS sending $GPRMC or $GPGGA sentences. USB only GPSs will not work.
  • Can provide 5V power to an external GPS (such as the Byonics GPS1 or GPS2).
  • Transmits position, altitude, speed, heading, and timestamp (hour/minute/seconds or day/hour/minute).
  • Supports SmartBeaconing, which adjusts transmission rates to speed and turning.
  • Can transmit position in MIC-E, NMEA, or APRS ASCII text format.
  • Two configurations, with all user options switchable.
  • Burst after voice / Send Position Now input.
  • Handles position resolution down to 7 inches.

TinyTrack3+ Board

Hampir siap board untuk tinytrack3+. Cuma ada sikit airwire yang belum berjaya disambungkan. Then nak cari TT3+ chip atau compatible firmware. Ada sesiapa nak donate? hi hi . Maybe nak kena tukar DB9 dengan RJ45 connector untuk disesuaikan dengan icom transiever.

Sabtu, 6 Jun 2009

Yaesu FT-250R

Latest handie dari Yaesu.

The FT-250R 2 Meter handheld transceiver features a compact design with a top mounted LCD display. This model transmits from 144 to 148 MHz with up to 5 watts. Receive range is 136-174 MHz. Direct frequency entry is supported. You get both CTCSS and DCS encode/decode. The keypad is backlit. The supply voltage is 6 to 16 VDC.

The FT-250R has 209 memories and 16 keys. Manufactured to Mil-Spec 810D/E. The FT-250R is similar to the VX-150, but adds a Memory Only mode, and has more audio output.

Includes the SMA flex antenna, FNB-83 NiMH 7V 1400mAH Battery, VAC-10B charger and belt-clip. Now available.

Features
  • 209 Memories
  • 5 Watts RF Output
  • Backlit Keypad
  • 700mW Audio Output
  • Smart Search Operation
  • PL Encode/Decode
  • DCS Encode/Decode
  • Memory Only Mode

Jumaat, 5 Jun 2009

Homebrewing pcb drill machine.

Ni just nak suggest pada rakan-rakan yang mempunyai air compressor kat umah then boleh gunakan micro air grinder sebagai pcb drill. Kalau nengok pada rpmnya..memang laju..mengalahkan drill dremel 10k-30k RPM. Katanya menda ni leh dapat murah..kat ner lak boleh beli yg murah tu? Paling murah jumpa kat lelong ialah RM159 dan jenama Mr Mark RM388 . Pastu kalau ada benda ni bolehlah buatkan pillar bench dia macam kat sini. so senang sikit rakan-rakan nak drill pcb. Drill yang saya guna skrg tu cap ayam punya...tapi boleh ler dipakaiguna cuma nak drill FRP board susah sikit dan byk makan mata drill..

Khamis, 4 Jun 2009

Jom mengetching echolink interface


Pada yg masa tak berapa nak ada untuk buat R&D interface untuk echolink macam saya ni leh ler donload aja file dibawah ni. Sebenornye teman ni tak puas mengetching....so teman pun cari2 ler bahan yang dah siap hi hi. Echolink interface ni yang empunya ialah IK1IMG. Credit kepada beliau. Manual ada..tapi dalam bahasa itali..kalau tak paham..guna je google translator. Ianya dilengkapi dgn DTMF serta pic16F628A dan byk ciri-ciri menarik. So rakan2 takyah gusar nak cari komponennya..janji kita etching dulu...hehehe..file dibawah tu ada schematic, pcb layout, manual [bahasa itali] dan hex source. Schematic dan pcb layout menggunakan software circad tapi kat manual part3 ada disertakan layout pcb dan ready to print tapi kalau nak eden punyo..donlod jo no 6 cumo ado eden punyo callsign kat board tu. Bukan apo..takut nanti kalau hilang interface tu sonang eden nak carik balik sebab ada callsign eden...heheh...jgn lupo pemilik sebenarnyo ialah IK1IMG.
  1. Manual part1
  2. Manual part2
  3. Manual part3
  4. Source file
  5. Schematic/pcb - circad pcb format
  6. Saya punya layout dlm bentuk pdf. 36kb
  7. Top layout [kalau guna double side pcb] 42kb
Kepada yang dah mencuba..jgn lupa kongsi2 ler hasilnya yer.

Celcom 15pax


Untuk sesiapa yg menggunakan 8pax atau celcom blue blh ler switch plan kepada 15pax yang baru ni. Bukan apa..zaman2 gawat ni leh ler jimat sikit utk call orang yang tersayang. Kelebihannya ia boleh add nombor selain celcom dan kadar panggilan voice/sms yang lebih rendah. Kalau nak lagi murah..suruh org yg tersayang ambik RAE then call dgn echolink..hi hi..cara utk switch plan:
  1. MIG XPAX hantar ke 28882
  2. MIG YES hantar ke 28882
  3. 15PAX ON hantar ke 28882
  4. 15PAX ADD hantar ke 28882
  5. 15PAX LIST utk senarai
  6. 15PAX DEL utk delete
  7. 15PAX HELP utk bantuan
  8. 15PAX DX untuk call dx station di luar negara...hi hi lawak je ni

Mana lagi nak bubuh ni?

Dah takde ruang
Yang bersepah kat luar ni dah takleh masuk dlm kabinet.

3 tier cabinet ni dah penuh then takde ruang lagi nak masukkan sample. Nampak gaya kena beli another 3 tier cabinet or kabinet yg lebih besar...hi hi..bilik pon dah jadi macam Jalan Pasar.

Rabu, 3 Jun 2009

PCB uv....layannnnnn

LC meter board - credit to phillip rice VK3BHR.
Skrg ni tgh syok sendiri melayan uv exposure...rasa macam nak mengecthing aja kerjanya. Sampai habis stok pcb yg ada. Dah lama dah beli kingsten ni cuma baru time ni nak buat. Untuk rakan2 yang nak beli pcb uv jenama kingsten, leh order kat escol. Harganya mcm lebih murah sikit berbanding tempat lain. Tak sure di Pasar Road berapa sekeping. Di escol untuk jenis paper phenolic PP1015 saiz 10cmX15cm ialah RM9 [packaging warna kuning]. So boleh ler sesapa nak order kat situ. NaOH crystal pon ada rega RM4.60 sepeket [25g]. Kalau nak FeCl pon ada...pendek kata..apa nak semua ada ler kat situ. Cuma yang susah sikit nak buat ialah film. Tak tau jenis transparency film apa yang sesuai utk laser printer dan dpt harga yg murah. Kalau ada budget boleh beli buatan MEGA di farnell khas utk PCB. Tapi harganya leh tahan gak..RM96.38 per pack [10 films]. Transparency biasa tu macam tak berapa lekat tonernya dan tak dpt solid black. Lepas ni mungkin try dengan tracing paper pulak. Try cari di kedai stationary..kalau murah bolehlah di beli dan dicuba.

Second try guna uv exposure

ICD 2 in circuit debugger. Takde macro lens 1:1..so tak dpt nak closeup the pitch track.
Ganteng gak pcb ni..macam buatan profesional...

So far so gud..process uv ni memang repeatability. Hasilannya memang berquality. Very2 recommended process. Memang dari segi kos permulaannya agak tinggi tapi ianya menjimatkan untuk long run. Untuk yang berminat, selain guna pest/insect killer ni, boleh juga guna nail gel curing lamp yang digunakan untuk mengeraskan gel kuku tiruan kat salon/spa tu. Selain tu boleh dapatkan lampu uv serta accessories dari farnell/rs. Pastikan lampu yg digunakan ialah jenis UVA dan bukan UVC...kalau nak tau lebih lanjut..donlod jer pdf pada link dibawah ini [bagi yang berminat je la]

http://rapidshare.com/files/240042237/Pcbs.pdf.html 123kb

Selasa, 2 Jun 2009

DIY pcb using UV pest killer update...

Finished PCB - AVR atmel ICSP programmer

First try buat pcb dgn uv. Jenama uv presensitized board ialah kingsten PP1015. Cuba dgn 2 expose time iaitu 90 saat dan 120 saat. Timer manual digunakan iaitu menggunakan henset nokia 1202 stopwatch hehe..tak sia2 beli henset baru tu. So hasilnya 90 secs exposure adalah yang terbaik. Overall process quite fast.
  1. UV exposure - 1.5 min
  2. NaOH developing - 2 min
  3. Etching - 15 min
  4. Rinsing and thinner cleaning - 0.5 sec
Cuma etching ambik masa lama sikit. Kesimpulannya, uv pcb sangat mudah dan jauh lebih cepat berbanding guna toner transfer yang sangat menyiksakan pembuatannya. Disamping itu uv pcb ni boleh dpt very fine pitch dan seswai utk buat surface mount component. Kalau nak buat double sided pcb pun tak mustahil..cuma processnya mungkin lebih complicated sikit.

After etching. Unexposed pcb in greenish color.

Pengledahan tempat besi buruk

Ronda-ronda petang hari singgah sebentar di besi buruk...alangkah girang rasa dihati kerana terjumpa powersupply lapuk...

Kedai besi buruk Mohan ni tempat feveret juga utk cari barang2 lama...hari ni ada free so jalan2 jap at situ. Diaorg main buang dan campak2 jer circuit board yg lelama. Kena hujan dan panas...mungkin masih ada yg ok..kata benak hati ku...so jumpalah PS board ni. Macam ok lagi dan baru dikopak dari casing. Nak beli sehenget dia tak kasi..then tokey tu up tiga hengget..so beli je la..alang2 dah jumpa. Arap2 leh guna. Output dia ada digital dan analog 5V dan 3.3V seswai utk microcontroller project.

Untuk apa anda masuk hobi radio?

Posting kali ni sekadar nak bertanya pada semua rakan2 radio tentang apakah matlamat anda join habi radio amatur ni? Saya dah bubuh vote kat tepi tu so rakan2 boleh vote kat situ. Memasing ada tujuan untuk main radio ni. Sepatutnya kita mempunyai satu hobi dan tentulah mempunyai satu hati. Dari segi apakah anda dapat kepuasan dalam hobi ini? Banyak persoalan perlu ditanyakan pada diri kita. Apapun semua hobi dalam dunia ni boleh dijadikan Ibadah sekiranya dimanfaatkan dengan penuh keikhlasan. Jangan sampai pula hobi digunakan untuk menjatuhkan insan lain dan memporakporandakan masyarakat.

Rig baru..hehe

Kalaulah ada hf rig qrp mcm henpon ni. Siap ada dual band lg. Nokia 1202 ni adalah basic phone je dan paling murah dipasaran tapi byk fungsi. Guna utk backup diwaktu henpon utama tak dapat berfungsi terutamanya bila bateri habis dan lupa bawak charger. Kejadian tertinggal charger ni kerap berlaku masa pegi outstation. Bila dah sampai baru ingat lupa bawak charger. hi hi. Phone ni bubuh je prepaid celcom blue dan leh main sms dgn xyl. hi hi.

Apakah ciri-ciri penting yang perlu ada kat henpon mengikut turutan:
  1. Boleh terima/jawab call.
  2. hantar/terima txt msg/sms
  3. Ada jam
  4. Bunyi kuat
  5. Boleh bergegar
  6. Ada alarm leh kejut tido
  7. ada keypad..so leh reply sms walaupun sambil drive keta
  8. Screen resolusi tinggi
Ciri-ciri tambahan...kalau takde pon takpe:
  1. Kamera
  2. Bluetooth utk hantar/terima contact no.
  3. Leh masuk memory card
  4. Leh main mp3 dan ada radio fm dan kalau ada tv lg best
  5. Wifi utk surf free
  6. Screen warna
  7. gps..utk navigation
  8. 3g video call
Kesimpulannya..kalau ada byk features..lg mahal henpon tu. Pastu bukan semuanya kita guna. Sesetengahnya tak guna langsung pun. Kekadang tgk henset org pakai fuh...canggih ya amat tapi tak reti nak guna. Beli mahal2 tapi cuma nak tunjuk kat kengkawan. Walhal credit dlm henpon tu ntah ada ke idak..kekeke So zaman dah berubah. Dari kita membazir beli henpon memahal leh baik beli yg murah dan topup sampai dua tahun. Ataupun beli hf rig...leh QSO free je dan panggilan ke luar negara pun percuma...hi hi

Isnin, 1 Jun 2009

Introducing my uv exposure :-)

Simple and inexpensive
Harmonic pun suka tgk :-)
Compact size dan ultraportable..
Dah cun sangat so taknak modify letak timer...kena guna stopwatch hi hi

Kejap je gi ke kedai kaca/cermin so uv box ni dah pun siap. Bottom reflector guna cermin muka dan bahagian atas guna transparent glass. Lid pulak guna UV protected tinted glass yang agak tebal serta menggunakan hinge yang dilekatkan dengan silicon dan rivette. Size uv unit ni cuma 1.2' X 1' je. Esok pulak nak try performancenya..

Membikin UV exposure unit

Ni bukan membikin cuma mengubahsuai je. Disebabkan nak cepat dan pantas...so beli je made in china insect killer machine ni. 20W siap dengan UV lamp 2 bijik , ballast, starter dan ada casing lak tu. Cuma nak kena tanggalkan capasitor dlm tu. Tgh pikir nak bubuh timer ke tak. Mechanical timer tu diambik dari mesin basuh yang dah kaput. Next process ialah pegi kedai cermin utk beli cermin bahagian atas dan bawah...to be continued...
Out of boxdah terbarai...Capacitor circuit
Starter and ballast
Mechanical timer