Selasa, 26 Februari 2008

Simplex repeater homebrew



Projek ni berasaskan oleh mr Toisin. Lupa lak mana donlod hari tu schematiknya. Cuma redrawing dan redesign balik PCB boardnya. Projek ni masih belum menemui kejayaan lagi. Hari tu dengan kerjasama sc3bcc/9w2*** (*** belum g mcmc register lagi walaupun dan lulus exam) beliau dapat mengoperasikannya sekejap. Lepas tu terus dah tak berfungsi. Tak tau mana silap. Mungkin firmwarenya kena diubahsuai. Ia juga menggunakan pic16f84a bersama isd recording ic. Kalau berjaya nanti saya updatekan dan beritahu mana silapnya. Untuk mendapatkan schematik, boleh download disini.

Rogerbeep homebrew.

Lama tak apdet blog ni. Maklum ler agak kesibukan dengan tugasan. Disamping itu adaler project ringan2kan tangan. Projek homebrew ni adalah berasaskan oleh mr Kinzi OE9MKV. Kelebihan projek ini adalah ianya mempunyai 3 input dan 5 selection roger beep iaitu single beep, K, ?, R dan HI dalam CW. Cuma menggunakan PIC16F84A dan beberapa componen yang mudah didapati dipasaran. Agak mudah nak buat dan peralatan juga tak banyak. Kalau sesiapa berminat boleh ler cuba.
Schematic untuk projek ini boleh dicapai disini. Untuk PCB diagram, boleh donlod disini. Boleh terus print ke A4.

Ahad, 7 Oktober 2007

my QSL card

Ini percubaan kali pertama menghasilkan QSL card. Pada rakan yang berminat, bolehlah dapatkan pdf dari saya. Menggunakan format black and white sahaja sebab takde printer colour. hhehe. Untuk informasi KSRL tu bermakna 'Kuala Selangor Radio League'. Sapa nak join dialu2kan.


Segala komen dialu2kan.

Rabu, 3 Oktober 2007

New HT dari icom 92AD

The Icom IC-92AD is a rugged 5 watt dualband HT with D-STAR built-in! Three RF power levels are available. It is built military tough and is submersible (1 meter 30 minutes). The 92AD features a multi-line display and keypad entry. Connect the optional HM-175GPS speaker mic to transmit position data - perfect for SAR.

NOTE:

The photo above is a design drawing. Production radios may look different. Information shown is preliminary and subject to change. More information will be posted shortly. Availability is slated for late 2007. The price has not been announced. 09/25/07

NOTICE:

This device has not been approved by the Federal Communications Commission. This device may not be sold or leased, or be offered for sale or lease, until approval of the F.C.C. has been obtained. 09/27/07

Features
  • Dual-Band Operation
  • Alpha Memories
  • Backlit LCD and Keypad
  • Wideband Receiver

Isnin, 1 Oktober 2007

Review of Icom IC-2820H


Ini adalah review kepada radio icom 2820H setelah 2 bulan saya menggunakannya. Icom 2820H adalah adik kepada 2720H yang merupakan dualband rig. Apa yang menarik pada radio ini ialah keupayaannya untuk monitor dua channel/frequency sekaligus. Paparan LCD nya juga agak besar dan luas. Ianya juga mempunyai storan channel yang lebih banyak. Ia juga mempunyai 2 antenna connector dan diversity reception serta dual speaker connector. Selain itu ia adalah d-star compatibility.

Kelemahan radio ini pula ialah ia tidak berupaya untuk membuat crossband melainkan sedikit modifikasi dilakukan dengan membuang diode. PTT button HM133 juga masih terdapat masalah iaitu kadang2 tak dapat transmit apabila ditekan. Namun ianya jarang berlaku berbanding model PTT HM133-v. Selain itu, LCDnya sedikit problem bila dilihat dibawah cahaya yang terang disebabkan reflection. Kalau waktu malam takde masalah.

Kesimpulannya radio ini sangat mudah digunakan dan worth the bucks. Nanti saya akan tambah2 lagi apa yang patut bila teringat..heheh

Mobile setup: icom 2820H, NR22L antenna, MR77 diamond dualband ant dan VR7 antenna. Speaker - opex

Ahad, 23 September 2007

Silent key of sc3ib3

Assalamualaikum rakan2,

Kebetulan pulak ada internet akses di hospital bersalin ni. Dikesempatan ini saya mencoretkan perkembangan terkini berkenaan xyl saya. Alhamdulillah, xyl dah beransur pulih. Mungkin sehari dua ni xyl saya akan discharge dari hospital ni.

Saya ingin mengucapkan terima kasih pada rkan yang membantu dalam menguruskan jenazah harmonic saya hari ini. Terutama pada sc2fy dan fw yang sanggup datang seawal pagi ke hospital bersalin ni. Dengan bantuan fw sebagai pilot, kami bergerak membawa jenazah pulang ke kampung halaman saya di sg besar. fy agak qrl kerana ingin bergerak ke melaka menemui saudara dengan program yang telah diatur. So fw telah membawa saya hingga ke sg buluh jeram kerana diwaktu tersebut saya terpaksa memangku jenazah. Pilot diambil alih oleh fs dan mz membawa jalopy fs hingga ke tg karang. Dipertengahan jalan, kami sempat bersalaman dengan sb. bmd telah sedia menunggu di tg karang dan mz meninggalkan jalopy fs di hospital tg karang dan menaiki jalopy bmd. Kami meneruskan perjalanan hingga ke rumah bonda saya di kampung parit 9 sg panjang.

Di sana orang kampung dan tok imam telah menunggu. Lebih kurang jam 10am jenazah disembahyangkan. Kemudia kami bergerak semula membawa jenazah ke tanah perkuburan bagan terap. Dengan bantuan orang kampung, lubang kubur digali dan bayi tersebut disemadikan. kemudia bmh pun tiba. Kami bersama2 bertahlil di tanah perkuburan tersebut. bme dan bml juga tiba di lokasi tapi malangnya kami sudah bergerak pulang. Kami berkonvoi semula ke rumah bonda saya. Lepastu sesi eyeball pun bermula sambil tanggo2 dan bergurau senda. Sekitar jam 12 tghhari, rakan2 bergerak pulang. Saya pula pulang agak lewat sedikit iaitu selepas zuhur bersama ayahanda mertua.

Itulah coretan untuk kali ini. :-) terima kasih pada rakan yang membantu dan terserlah semangat setiakawan rakan2 sebagai pengamal radio ham sejati. Saya juga mengucapkan terima kasih pada yang rakan yang melawat xyl saya sewaktu saya berada di kampung. Kalau tak salah sc2mh dan satu lagi rakan hadir tapi xyl saya tak qsl.
Terima kasih semua..jasa kalian tidak akan ku lupakan.
de sc3ib/9w2ibr

Khamis, 20 September 2007

Perginya harmonicku buat selama2nya...

Terima kasih atas ucapan dan motivasi dorongan rakan2 kepada saya dan xyl. Untuk informasi rakan, x-harmonic saya telah dipercayai pergi buat selama2nya pada isnin lalu apabila ultrasound dijalankan setelah tiada pergerakan 1-2 hari sebelum tu. Klinik kuala selangor mengarahkan kami pergi ke hospital tg karang dan telah diconfirmkan bayi tersebut telah tiada lagi.

Setelah berbincang dengan doktor dari hospital tg karang dan klang, beliau mencadangkan induce dijalankan. Sehingga ke saat ini kami masih menunggu bayi tersebut dapat dikeluarkan dan disempurnakan jenazahnya. Untuk info, x-harmonic ini adalah yang ketiga dan berusia 27 minggu di dalam kandungan ibunya. Harapan cuma xyl dpt melahirkan bayi tersebut dalam masa yang terdekat.

Kami sekeluarga mengucapkan terima kasih atas ucapan2 dari rakan2 samada melalui handphone mahupun sms yang saya tidak dapat membalas kesemuanya. Terima kasih juga rakan yang sudi datang melawat saya di hospital antaranya sb,mz, mz1, fs, dan bmb. Terima kasih juga kepada 'badak sumbu berendam' yang menemani saya di radio semasa menunggu xyl di hospital. Jasa baik kalian tidak dapat saya lupakan. Sebarang info nanti saya akan infokan diyahoogroup mahupun dijalur jika ada kelapangan. Saya juga mengucapkan tahniah pd oc, py dan jt kerana telah di anugerahkan sc2. Semoga scs sentiasa ceria walau apa dugaan sekalipun.

73 de sc3ib aka 9w2ibr

Sabtu, 15 September 2007

Eyeball tunjang Bistro Kuala Selangor

Eyeball tunjang bistro dihadiri oleh sc3bmd, bmx, bme, bmb, bmo, bmr dan wak. Saja sembang2 di malam hari. Start jam 12AM sampai 0230. Dapat berkongsi-kongsi idea dgn rakan berkenaan radio.

Ahad, 9 September 2007

4X4 jalan Kebun 50 thn kemerdekaan

Pertandingan 4X4 Jalan Kebun yang sangat meriah dihadiri oleh ramai rakan scs. Walaupun cuaca agak panas tapi kemeriahannya sangat mengujakan. Seramai 23 peserta hardcore 4X4 telah bertanding. SCS juga turut mengambil bahagian. Untuk gambar penuh, silalah berkunjung ke http://picasaweb.google.com/brahym/JalanKebun4X4Challenge.

Sekian terima kasih.

Khamis, 26 Julai 2007

SCS Selai 4X4 trip

Rakan dari SCS communication and sport akan menganjurkan siri konvoi 4X4 ke Selai Johor yang bertemakan "memburu Kelah". Selamat jalan kepada semua rakan yang akan mengikuti konvoi ini. Nampaknya tak dpt nak ikut rakan2 semua sebab kena balik ke kampung. Apapun semoga misi rakan2 tercapai...cheriooo