Jumaat, 28 Mac 2008

Rebotes 2.5 Echo delay

Ada rakan yang dah mencuba echo delay ni? Disini saya berikan update berkenaan litar tersebut. Ianya 100% berkerja seperti yang diharapkan. Terdapat 3 setting utama iaitu delay (jarak antara satu gema ke gema yang lain), Level (Untuk setting kekuatan echo/gema) dan repeat (bilangan ayunan/gema). Apa yang menariknya ialah litar ini audionya sangat bersih dan cuma ada sikit noise pada kadar delay yang tinggi. Cuma pastikan audio output dari preamp ECM adalah bersih juga. Ini kerana jika audio ada noise maka ia akan masuk sekali kedalam echo tersebut. Preamp diperlukan untuk litar ini untuk ianya berfungsi. Sambungan terus mic ke litar tidak akan menghasikan apa2 output. Rebotes2.5 out perlu diletakkan satu pemuat 0.01-0.1uF kerana audio akan sebu tampanya. Selain itu semuanya adalah perfect dan saiz litar cuma 2"X2" sahaja. Selamat mencuba pada rakan-rakan semua.


Khamis, 27 Mac 2008

K10+ keyer PIC arrival..

Lama dok tunggu baru ler sampai. Nak test apa yang boleh dilakukan oleh PIC ni. Thanks kepada K1EL kerana sanggup hantar sampai ke Malaysia. Rakan2 yang ingin mencuba keyer ni boleh ler mengorder dari laman web beliau. Kalau rakan2 dah ada HF dan built in electronic keyer rasanya tak perlulah benda ni kot. Ni untuk yang baru nak belajar mcm saya dan tak mampu nak beli rig HF. Kelebihan keyer ni ialah antaranya support beacon dan code practice serta boleh key secara AFK ke handie/rig VHF.
Ianya menggunakan PIC12C672. Rakan-rakan yang sudi untuk mencuba boleh ler order ke laman web tersebut. Rasanya lebih berbaloi kalau beli ramai-ramai dari beli seorang. Harga yang ditawarkan ialah USD6.

Rabu, 26 Mac 2008

Where to get electronic parts?



Sekiranya rakan-rakan ingin mencari komponen untuk sebarang projek electronic, biasanya kita kena merayau dan survey di Jalan Pasar. Kadang-kadang ianya tidak praktikal untuk pergi terutamanya yang duduk jauh contohnya macam Kuala selangor nak pegi KL. Minyak, tol, parking..semua mahu dibayar. Oleh yang demikian, ianya menjadikan tidak berbaloi terutama bagi memenuhi keperluan hobi dalam radio amatur. So lebih praktikal sekiranya kita membeli parts secara online di internet. Walaupun tidaklah seperti digikey, mouser mahupun radioshack di US dimana mereka mempunyai beratus ribu component, tapi di Malaysia pun tidak kurang hebatnya. Disini saya memberikan URL untuk order komponen secara online. Rakan2 boleh komen jika ada pengalaman membeli komponen secara online.

Cytron - Service sangat cepat dan harga berpatutan. Hari ni order..esok dah sampai.

RS Malaysia - belum cuba order lagi.

Farnell Newark - Belum cuba tapi harganya agak berpatutan terutama untuk membeli secara pukal/bulk.

Selasa, 25 Mac 2008

Mari membaca majalah EPE...

Insyalah kalau saya teringat saya akan cuba masukkan majalah EPE ke blog saya untuk didownload oleh rakan-rakan. Dalam majalah Everyday Practical Electronic atau ringkasnya EPE ini terdapat perbagai ilmu dan hands on untuk kita mencuba. Majalah ini adalah based di UK dan harganya juga agak mahal kalau dibeli. Bagi yang tidak mampu membeli macam saya ni, cuma boleh download je la dan baca kat komputer. Kalau anda rajin anda boleh printout ebook dalam bentuk pdf ni ke hardcopy dan membaca secara offline dengan rakan2 lain semasa tanggo-tangoo...




Isnin, 24 Mac 2008

Voice echo untuk rakan2...

Terdapat ralat pada schematic voice echo yang dibawah. IC yang digunakan ialah PT2399 dan bukan voice modulator Holtek HT8950 seperti yang ditunjukkan. Disini saya ingin berkongsi beberapa homebrew yang boleh dikongsikan. Project ini adalah untuk effect pedal gitar tapi ianya mungkin boleh digunakan untuk suara. Tak banyak componen diperlukan. Rakan yang tidak menjumpai IC princeton PT2399 boleh contact saya. Rakan yang telah mencuba bolehlah infokan samada litar ini berjaya atau tidak.

Untuk schematic, pcb layout dan pcb transfer boleh click disini.

Ahad, 23 Mac 2008

Low cost PCB making process

Ini adalah cara bagaimana nak buat PCB bagi orang yang nak buat homebrew tapi taknak berbelanja lebih..:-). Jangan risau, hobi radio ni takde yang mahal2 asalkan taste jangan tinggi...hehhe. Disini di tunjukkan cara bagaimana untuk membuat PCB. 1. Download eagle software atau sebarang pcb layout program yang sewaktu denganya. Create schematic board yang hendak dihomebrew.


2. Buatkan PCB boardnya dengan menyusun secara manual auto auto route litar di eagle.

3. Dengan menggunakan Glossy photo paper size A4 cetakkan litar keatasnya. Ini lebih murah berbanding heat transfer film mahupun uv resist PCB. Cetakkan hanya boleh dibuat menggunakan laser printer SAHAJA.

4. Potong kertas litar tersebut dan letakkan pada copper clad board yang telah dipotong mengikut saiz yang telah ditentukan. Gunakan seterika dengan kekuatan 80% dan gosokkan kertas ke copper tersebut. Iron selama 5-10 minit.

5. Sediakan tupperware kecil dan isikan air beserta sabun. Rendamkan pcb yang masih panan ke dalamnya dan biarkan 20-30minit.

6. Setelah itu gosok dan buangkan cebisan kertas yang melekat. Tips: Koyakkan di bawah air yang mengalir perlahan. Jangan gosok terlalu kuat. Lekatan ink toner ke copper clad bergantung kepada printer yang digunakan. Gunakan HP laserjet adalah yang sebaiknya.

7. Kemaskini dan perbaiki litar dengan menggunakan etch resist pen mahupun permanent marker. Biasanya tak banyak yang nak ditouch up. Kecuali kalau nak cepat buat dan tergesa2..jadiler macam kat atas tu..:-)


8. Eching process dimulakan dengan membuat water bath air panas keatas ferric chloride. Goncangkan dan pastikan kadar corrosionnya seragam. Gunakan forcept atau ikatkan benang dan tidak menggunakan tangan seperti gambar diatas..:-)

9. Cuci litar tersebut dengan air yang banyak.

10. Lap/keringkan litar dan cuci dengan thinner bagi membuang ink toner.

11. Drilling process. Gunakan mata 0.8mm untuk semua komponen kecuali switch atau connector guna 1mm.

12. Componen population dan soldering..

Terima kasih kerana sudi membaca.

Jumaat, 21 Mac 2008

Next project...Robot voice

Nantikan projek yang seterusnya di blog ini. Doakan kejayaan project ini...:-) So far component semua dah ada cuma nak memperkemaskan litar dan menambahkan preamp kepada litar.

PTT echo voice update

Oleh kerana terdapat masalah maka version pertama tidak dapat dipublish. Ini adalah revision 5 ptt echo. Masih terdapat kelemahan dan perlu diperbaiki terutama dari segi sambungan ke PTT line. Ini disebabkan sesetengah HT mempunyai hanya satu line untuk mic dan PTT. Schematic dibawah adalah untuk handie yaesu FT60 sahaja.
Pengubahsuaian dilakukan terhadap preamp dimana sebelum ini saya menggunakan LM368 dan ternyata tidak sesuai dan diganti dgn dual op amp LM358. Masih lagi cuba nak integrate ext PTT mic FT60 ke board tersebut. Secara praktikalnya litar dah berfungsi 100%.

Schematic

EAGLE Layout Editor

Bagaimanakah anda membuat/design PCB. Ada terlalu banyak software untuk design PCB ni antaranya spt protel dsb. Saya sendiri pun tak tau nama2 software untuk design PCB ni. Tapi semenjak saya download Eagle ni...hati telah jatuh cinta padanya. Ini kerana ianya mudah untuk membuat PCB dan saiz litar di PC 1:1 dengan saiz cetakkan. Ia amat sesuai sekali untuk sesiapa yang suka homebrew. Librarynya juga agak lengkap cuma sedikit sahaja perubahan perlu dilakukan. Rakan2 yang mempunyai minat yang sama bolehlah download eagle ni secara freeware dan mempelajarinya. Mudahan di waktu yang panjang nanti bolehlah kita sama-sama bertukar-tukar file schematic/board eagle ni.
Software eagle boleh diperolehi di sini.
Maklumat lanjut untuk upgrade ke profesional version boleh hubungi saya.



Selasa, 18 Mac 2008

K9 CW keyer based on K1el free source assembling

Minta bantuan rakan2 yang dapat assemble code tersebut menggunakan mpasmwin. Saya masih menemui kegagalan dan dah 3 bijik 12c509a rosak. Tak sure masalah ni berpunca dari mana. Rakan2 yang mempunyai kebolehan dalam programming PIC bolehlah membantu dan bertukar2 fikiran.