Rabu, 12 Mac 2008

K9 CW keyer based on K1el free source


Projek kali ni pula nak buat keyer utk HT. Menggunakan PIC12C509A dan beberapa componen lain. Untuk manual/datasheet projeck ini bolehlah didownload disini. Source codenya pula boleh diambik kat sini. Oleh kerana masih takde paddle, saya akan menggunakan 3 button mouse yang dah rosak. So kalau rakan2 ada mouse yang dah rosak so jgn buang. Mungkin kita boleh gunakan untuk dijadikan sebagai iambic keyer paddle. Litar projek ini juga sangat kecil dan boleh dimasukkan didalam casing mouse tersebut. Kelebihan menggunakan keyer ini adalah:

· Keyer speed range: 5 - 49 WPM
· Built in messages: 5
· Programmable message memory: 15 characters
· Callsign Memory: 8 characters
· Keying Modes: Straight key, Iambic A or B
· Spacing Control: Programmable extra inter-letter spacing of 0 to 9 dit times
· Automatic letterspace mode
· Paddle swap command
· Beacon: Optionally enabled at purchase
· Sidetone Output: TTL Square wave, 100W output Z
· Sidetone frequency: approx. 800 Hz
· Keying output: TTL, high true when keyed
· Single Push-button command interface
· 14 easy to use commands
·
Built in receive code practice mode - Penting sekali untuk org baru nak blajor macam saya.
· Operating Voltage: 3-7 VDC, built in oscillator
· Power Consumption: 5 ma active, 1 mA standby


Saya akan cuba programkan pic tersebut dan jika ada rakan berminat untuk dapatkan pic dengan pic yang telah diprogram beserta hardcoded callsign atau assembled pcb bolehlah hubungi saya nanti.

Isnin, 10 Mac 2008

Update :Feng3 PIC programmer

Seharian sejak semalam membuat litar etching dan memasang komponen. Dalam pukul 7 malam baru siap. Nampaknya feng3 nyer PIC programmer ni memang berfungsi. Cuma mula2 dia bermasalah disebabkan tersilap on sw2 (Vpp First). Komponen utk programmer ini juga senang nak cari di jalan pasar cuma Zif socket 40 pin tu jer harganya agak mahal. Hati-hati dalam pemasangan transistor jika menggunakan BC547/557 kerana kakinya terbalik berbanding 2N3904/3906. Rakan2 bolehlah mencuba yer. Cumanya picprog version 1.06A tidak support JDM programmer ini. Mungkin kena guna yang version lama. Gunakan winpic800. Saya berjaya memprogramkan pic16f84a dengan jayanya...:-)



Maaf takde gambar..kang akan diuploadkan.

Ahad, 9 Mac 2008

PIC programmer

Sebelum ni dah beli yang siap pic programmer USB dari http://www.bizchip.com/. Harganya agak mahal juga. Bila lihat pada supported devices, pic jenis 12C509A tidak dapat diprogramkan. Oleh yang demikian terpaksalah membuat secara homebrew pic programmer berasaskan kepada JDM. Oleh disebabkan kemalasan nak redesign schematic maka terus jer download pcb dari laman web feng3 ni. Yang terkini adalah v5r2.

Update mic voice echo with preamp.

alhamdulillah..selesai projek kali ini. Walaupun percubaan mula2 gagal disebabkan circuit shortage. Kelebihan sistem ini ialah ianya mempunyai preamp yang mana sebelum ni audio menjadi kebelakang. Sekarang ni audio dah kedepan dan adjustable sensitivitynya. Kelebihan menggunakan LM386 adalah keupayaan untuk gain sehingga 200 dengan short pin 1 dan 8. Echo dan delay juga adjustable dimana kalau audio mempunyai delay terlalu lama menyebabkan qso sukar difahami sebab bertindih2.
Untuk schematic, sila download disini.
Untuk board pcb boleh download disini.
Rakan2 yang berminat untuk mendapatkan pcb yang dah siap atau assembled pcb bolehlah hubungi saya di brahym@gmail.com.

Sabtu, 8 Mac 2008

Simple CW training circuit


Projek ni berasaskan kepada IC555. Modal yang sangat kecil sahaja. Boleh practice untuk menekan keyer untuk sesiapa yang ingin belajar morse code termasuk saya sekali... :)


Selasa, 4 Mac 2008

Voice robotic and vibrato effect...

Ni adalah projek seterusnya. Biasanya IC ni guna untuk effect gitar. Tak sure boleh dapatkan atau tak IC HT8950 atau Realtek RTS0072 ataupun WIN8072. Rakan-rakan yang QSL mana sumber boleh dapat IC ni boleh bagitau saya.

Update 9 Mac 2008: Satu jalan pasar telah dijelajah, langsung tak jumpa IC ini. apa boleh buat....

HT8950 datasheet

PTT voice echo.dan mic pre amp.

Projek kali ni adalah untuk menghasilkan audio yang bergema seperti berkaraoke gitu. Berasaskan kepada ic princeton technology. Projek masih dalam percubaan dan insyaAllah dalam minggu ni hasilnya boleh diperolehi. Homebrew ini juga menggunakan LM386 sebagai mic preamp dengan boost. Sebarang cadangan bolehlah emailkan pada saya...


Sabtu, 1 Mac 2008

CW ringtone midi.

Ni kalau sesiapa berminat nak ringtone CW dalam bentuk midi. Boleh taip jer perkataan apa yang dikehendaki pastu dia akan convert ke midi. Lepastu donlod je ke henpon memasing dan set sebagai ringtone.

http://www.planetofnoise.com/midi/morse2mid.php

Selasa, 26 Februari 2008

Simplex repeater homebrew



Projek ni berasaskan oleh mr Toisin. Lupa lak mana donlod hari tu schematiknya. Cuma redrawing dan redesign balik PCB boardnya. Projek ni masih belum menemui kejayaan lagi. Hari tu dengan kerjasama sc3bcc/9w2*** (*** belum g mcmc register lagi walaupun dan lulus exam) beliau dapat mengoperasikannya sekejap. Lepas tu terus dah tak berfungsi. Tak tau mana silap. Mungkin firmwarenya kena diubahsuai. Ia juga menggunakan pic16f84a bersama isd recording ic. Kalau berjaya nanti saya updatekan dan beritahu mana silapnya. Untuk mendapatkan schematik, boleh download disini.

Rogerbeep homebrew.

Lama tak apdet blog ni. Maklum ler agak kesibukan dengan tugasan. Disamping itu adaler project ringan2kan tangan. Projek homebrew ni adalah berasaskan oleh mr Kinzi OE9MKV. Kelebihan projek ini adalah ianya mempunyai 3 input dan 5 selection roger beep iaitu single beep, K, ?, R dan HI dalam CW. Cuma menggunakan PIC16F84A dan beberapa componen yang mudah didapati dipasaran. Agak mudah nak buat dan peralatan juga tak banyak. Kalau sesiapa berminat boleh ler cuba.
Schematic untuk projek ini boleh dicapai disini. Untuk PCB diagram, boleh donlod disini. Boleh terus print ke A4.