No siri 575
Finger piece macam pemetik gitar punya je..HI
ada gambar labah2 so harmonic takut nak usik...HI
Digandingkan dengan keyboard keyer
Dok sebelah TS480SAT...HI
No siri 575
Finger piece macam pemetik gitar punya je..HI
ada gambar labah2 so harmonic takut nak usik...HI
Digandingkan dengan keyboard keyer
Dok sebelah TS480SAT...HI
Sekarang ni agak bersemangat nak hasilkan qrp transeiver sendiri. Bermula dengan rockmite 40, kemudian membuat enclosure, seterusnya ingin dilengkapkan dengan frequency counter. Semua project ini masih dalam perancangan. Walau apapun persediaan rapi perlulah dilakukan..cheeewahh. Preject ini ialah untuk menambahkan frequency counter pada rockmite menggunakan hex dari DL4YHF. Kebetulan masih ada PIC 16F628A yang masih belum digunakan. Barangan yang diperlukan adalah:
Kalau hendak membuat paddle secara homebrew memang sangat digalakkan. Cumanya jika hendak buatan itu berkualiti tentulah memerlukan bahan dan juga alatan spt mesin cnc dsb yang mampu menghasilkan paddle yang berkualiti serta tahan lama. Kalau ada rakan yang mempunyai informasi bagi mendapatkan kit untuk paddle yang termurah dan berkualiti bolehlah infokan disini. Disini saya ingin memberikan info berkaitan paddle scqrpion kit oleh W5JH. Sesuai untuk sebagai backpacker qrp. Kalau tengok harganya agak berpatutan. Sesiapa yang ada menggunakannya bolehlah menginfokan disini. Ianya diperbuat dari brass tapi jika dilihat mungkin tiada bearing digunakan tapi mungkin hanya menggunakan teflon bushing. Paddle return pula hanya menggunakan spring dan tidak kelihatan ianya boleh di adjustable. Harganya pula bermula dari USD33 untuk original (saiz kecil) dan USD36 untuk bigfoot widebase model termasuk penghantaran. Rasanya ini sesuai untuk para beginner yang baru nak pegang2 paddle dan tentulah tak setanding seperti begali magnetic traveller light yang harganya mencecah riban..:-)
Yang ni pula compact dan precision CW paddle oleh acratech. Acratech ni productnya kebanyakkan adalah untuk dslr seperti ballhead dan juga quick release. Tapi taksangka mereka menceburi dalam bidang pembuatan paddle CW ini. Terdapat dalam dua versi iaitu aluminum dan brass cnc. Nampak kecil dan ringkas. Masih belum ada review dari mana2 laman web so tak sure bagaimana prestasinya. Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan boleh menghubungi acratech di http://acratech.net/. 
Ni email yang baru sahaja saya terima dari Acratech.
Hi,
I am sorry, but we do not have any more CW paddles. There is just not enough interest to make more.
Best regards,
Scott
skrg ni agak kesibukan kerana kesuntukan masa untuk menyiapkan buku program hari kecemerlangan sekolah. Tengah2 buat editing menggunakan indesign tetiba ada rakan guru yang memberikan surat dari US. Terkejut juga dibuatnya. Rupanya steven K1EL menghantarkan gantian untuk resistor 66.5k 1% yang tercicir sewaktu penghantaran kit K40CWR. Disamping itu terdapat QSO card dari beliau. Mungkin ini adalah QSO card yang pertama saya terima walaupun belum pernah QSO secara dx lagi. :-)
Project ni dah lama disiapkan. Ingat nak guna sebagai micropreamp untuk echo board tetapi kerana saiznya agak besar dan juga sukar untuk memasukkannya dalam enclosure maka saya membuat mic preamp yang lebih mudah dan kecil. Kepada rakan yang berminat untuk membuatnya bolehlah download schematic, pcb transfer dan component layout dibawah. Cuma guna singgle IC 4558 dan 2 biji pemuat tidak berkutub 1uF (tantalum). Sesuai untuk dibuat sebagai stero earphone amp dan sebagainya..
Nak update sikit berkenaan dengan K40 ni. Skrg ni ianya dah dimasukkan ke dalam bekas dan penyambungan ke interface echo telah dilakukan. Agak mudah untuk QSO dan tx CW pada masa yang sama. Kepada rakan yang ingin belajar bersama-sama bolehlah emailkan saya dan mungkin kita boleh gunakan salah satu simplex frequency yang ada. Pemasangan alat CW reader agak tergendala kerana part yang diterima tidak mencukupi. Satu perintang bernilai 66.5k 1% telah tercicir menyebabkan kit tak dapat disiapkan. Skrg ni tgh tunggu k1el untuk mendapatkan gantian. Alhamdulillah dengan bantuan alat ini semua alphabet dan nombor 0-9 dapat dihafal dalam masa sehari. Skrg ni masih lemah dalam mendengar/mentafsir bunyi morse code. Insyaallah dengan latihan berterusan akan menjanjikan kejayaan...amin.
Disini saya ingin memberikan review kepada perkhidmatan pembelian component secara online di Newark Farnell. Secara keseluruhannya saya sangat berpuashati dengan service syarikat ini kepada para pelanggannya. Saya sekadar ingin mencuba perkhidmatan dengan membeli beberapa passive component disana. Secara kesimpulannya:-Bolehlah didownload dan dibuat sebagai handbook setelah dicetak untuk rujukan dari masa kesemasa.
Kali ini saya ingin memberikan review berkenaan kit ini. Pemasangannya cukup mudah kerana semua perkara dijelaskan didalam manual (perlu didownload). Kit ini berupaya utk menghantar CW dari 5wpm sehingga 99wpm. Paddle key adalah optional dan keyboard juga boleh dimapkan menjadi dit dan dah key. Semua setting hanya dilakukan dengan menekan keyboard. Semua jenis keyboard boleh digunakan kecuali jenis AT. Saya sangat mengesyorkan alat ini pada rakan-rakan kenana dengan kit ini kita cuma perlukan keyboard sahaja so tak perlu membeli paddle terutamanya untuk belajar CW. Tidak lupa juga ada CW practice mode (read dan echo) dan beacon function. Sambungan ke rig/handie juga sangat mudah kerana ianya dilengkapi dengan output PTT dan AF. Kit berharga USD34 boleh didapati di laman web http://www.k1el.com/. Lepas ni mungkin boleh belajar CW dengan rakan2 di 2m secara on air.
For Free QSL Card sample, please click this link.