Tempahan dan Free Sample

Proses urusan penghasilan QSL kad adalah seboleh-bolehnya melalui email kerana ianya lebih efisyen. Pastikan anda sering memeriksa mailbox email anda. Process design mengambil masa 1-3 hari  manakala process cetakan pula mengambil masa 3-5 hari bergantung kepada finishing. Setelah cetakan selesai dilakukan, produk akan dihantarkan ke lokasi kediaman anda dengan menggunakan servis kurier dalam tempoh sehari. Bayaran untuk penghantaran ialah:

Semenanjung Malaysia Kecuali Kelantan dan terengganu: RM20/500keping atau RM25/1000keping
Kelantan dan Terengganu: RM30/500 keping atau RM35/1000 keping
Sabah dan Sarawak: RM40/500 keping atau RM60/1000 keping

Untuk mendapatkan sample percuma, sila isikan borang dibawah.


Selain dari QSL card, saya juga sudi menerima tempahan untuk cetakan seperti kalendar, name card, bookmark, paper bag, note pad, flyer, poster, booklet dan segala macam.  Saya berpengalaman lebih dari 7 tahun dalam penghasilan bahan bercetak dan mahir dalam menggunakan perisian Adobe Photoshop,  Indesign, Illustrator, CorelDraw X5 dan Inkscape.