Rabu, 14 April 2010

What is your favorite picture?


Apakah gambar yang anda paling suka? Gambar tersebut boleh dijadikan latar belakang untuk QSL card anda. Bukan sahaja untuk tatapan kita, tetapi ianya boleh dikongsikan untuk rakan-rakan sehobi diseluruh dunia. Gambar diatas adalah gambar yang saya paling suka kerana bukanlah ianya diambil oleh kamera yang harga beribu-ribu. Cuma kamera digital biasa sahaja. Untuk melihat contoh-contoh QSL card, anda boleh melawati web http://www.ux5uoqsl.com atau www.qslprinter.com.
Adakah anda mempunya pencetak warna anda sendiri? QSL card juga boleh dihasilkan dengan pencetak laser atau inkjet warna yang biasa. Walaupun kualitinya tidaklah sebaik offset printing tetapi ianya sesuai untuk custom made QSL card dan cetakan dalam bilangan yang sedikit. Bagi yang lebih suka untuk mencetak sendiri QSL card anda, anda boleh mendapatkan perkhidmatan design dari saya. Specifikasi design seperti dibawah:
  1. Format PDF
  2. 300 dpi resolution
  3. PDF 4.0 compatible
  4. CYMK [default] or RGB icc profile upon request.
  5. With/without crop mark.
PDF tersebut juga boleh dihantar ke kilang percetakan dan akan menghasilkan output yang sama. Atau anda boleh request output file dalam bentuk JPG..terpulang pada anda. Contoh QSL saya dalam bentuk PDF boleh di download disini....


0 ulasan: