Jumaat, 23 April 2010

QSL card pdf form


Kaedah biasa mengisi QSL card ialah dengan menggunakan pen dan menulis diatas kad tersebut. Saya ada menerima dua kad QSL dari Jepun. Bukan sahaja kedua-dua kad tersebut cantik tetapi sangat kemas kerana mereka tidak menggunakan pen sebaliknya report ditaip dan dicetak di atas kad qsl tersebut. Bukan sahaja menunjukkan mereka ini rajin tetapi juga adalah teliti. Bukan saya mengatakan bahawa menulis di atas kad itu tidak bagus, tetapi bagi sesetengah orang kadangkala tulisannya tidak konsisten contohnya seperti saya ;-). Oleh yang demikian, bahagian report adalah lebih menarik jika kita cetak menggunakan printer samada laser atau inkjet.

PDF di atas ialah backside QSL card saya. Saya menggunakan aplikasi Acrobat PDF form untuk menghasilkan PDF file tersebut. Rakan-rakan boleh download pdf tersebut dan cuba mengisi form pdf tersebut dengan menggunakan Adobe Acrobat Reader. Digalakkan menggunakan versi yang terkini iaitu versi 9.3. PDF form contoh boleh di download disini:

Download pdf form single side print QSL card- 500KB
Download pdf form for double side print QSL card - 500KB
Download Adobe Reader 9.3 - 27MB

Malangnya adobe reader tiada pilihan untuk print form field sahaja. Segala yang terpapar di adobe reader akan dicetak. Feature untuk print form field hanya ada pada Adobe Acrobat Pro sahaja. Jika kad qsl telah dicetak bahagian belakang, maka cetakan dari pdf akan bertindih. Printing form pada Adobe pdf reader hanya sesuai jika kad tersebut kosong. Oleh itu, bagi kad QSL yang telah bercetak di bahagian belakang, pdf form perlu diubahsuai sedikit dimana perlu ada 2 pages form. Sila download fail contoh di atas. Saya ada menerima QSL card dari Australia yang backside tidak bercetak. Beliau cetakkan report pada sehelai kertas dan seterusnya memotong dan menampal di kad qslnya. So adalah lebih mudah jika menggunakan pdf form dan membuat cetakan terus pada kad tersebut. Untuk tempahan double side custom QSL card boleh mendapatkan fail pdf form secara percuma.

Bagi yang berminat untuk mempunyai QSL card yang cantik dan membuat cetakan backside/report sendiri dirumah boleh mendapatkan package one side glossy printing + FOC pdf form package. Ianya lebih murah sedikit berbanding double side printing. Package adalah seperti berikut:
  • 1000 keping kad qsl
  • 1 side full colour [4c] offset printing
  • Glossy finishing
  • 260gsm art card
  • Design standard untuk bahagian hadapan [gambar jpg, callsign, qth info dan logo]
  • Percuma pdf form untuk cetakkan dibelakang* design standard samada jenis poskad, landscape atau portrait samada pdf colour atau grayscale.
*Pastikan printer anda boleh manual feed print kertas 140X90mm.

Harga: Email saya di brahym@kusess.edu.my

0 ulasan: