Isnin, 16 November 2009

Hotlink youth club

Nak citer pasal plan hotlink ni. Ntah ler benda ni baru ke dah lama. Kebetulan nek beli topup celkom 10 hengget terjumpa pulak hotlink youth club [HYC] ni. Pulak tu ada phone spare nokia 1650 tak terguna kat umah. Phone tu sayang tapi nak on takleh sebab takde sim card so hanya boleh demo jer. So terpikir ler nak beli satu simcard just untuk onkan je tefon tu so boleh la guna FM radio dia dan juga touch light incase kalau blackout. Tu yang akhirnya terbeli HYC ni. Ingatkan untuk bebudak remaja je..cuba2 je try bagi IC then ok lak registerkan IC dengan HYC ni walaupun umur dah bukan lagi kategori youth. Kelebihan HYC ni bukan je jimat tetapi credit limit sampai 4 tahun...wow..So takde lagi nak susah2 set family and friend/15pax/active10. Semua kira sapu bersih aja. So sesiapa yang nak jimat tu boleh ler buat nombor spare. At least boleh ler jugak main2 sms dgn kengkawan yang guna meksis.

0 ulasan: