Ahad, 6 September 2009

Dalam kesibukan ramadhan...


Bukan nak menjadikan alasan, tapi bila tiba bulan Ramadhan, semua keja jadi malas nak buat. Dengan gelagat harmonic kat rumah cukup untuk memberikan keletihan..hahaha.. Sebenarnya entry kali ni takde nak tulis apa2..cuma nak sembang2 kosong. Antara topic nak disembangkan ialah:
  1. After sales service syarikat mana yang paling "2 thumb up". Kat sini boleh disimpulkan bahawa Dell merupakan syarikat yang menjaga customer mereka. Syarikat paling teruk after sales servicenya ialah Canon. Sorry to say, tapi sampai hari ni, camera P&S jenama canon masih belum dikembalikan disebabkan kerosakan. Bosan betul menunggu. Rosaknya cuma focussing error. Mungkin cuma perlu tukar focus sensor atau focusing motor je dan camera tu boleh berfungsi semula. Then yang satu lagi ialah charger untuk FS100 camcorder. Baru sebulan pakai dah problem. Dah hantar semula ke canon, dan sampai hari ni takde khabar berita. Ello pren...kasi je la yang baru charger tu...refurbished punya pon takpe. Takkan itu pon mau ambik masa lama.Disebabkan itu, kegiatan merakam video telah terbantut. Dah gian betul nak upload video kat youtube. Dah jadi camni hilang terus semangat nak merakamkan aktiviti radio amatur.
  2. Dalam kesempatan yang ada ni, ada juga membuat research. Bukan pasal radio tapi pasal Garret Brown. Katanya dia ni agak genius inventor jugak ler. Apakah hasil ciptaan beliau tu? Beliau yang asalnya adalah car seller telah menjadi inventor dalam camera stabilization. So keinginan aku seterusnya ialah bukan nak invent tapi nak homebrewkan ciptaan beliau iaitu Merlin Steadicam. Tengah survey bahan2 yang diperlukan untuk membuat merlin ni. Benda utama yang paling sukar dibuat ialah gimbalnya. So takpe..pelan2 kayuh. Kalau beli merlin ni agak mahal iaitu sekitan Rm4.5K sebuah. Bukan ada apa cuma aluminium jer seperti gambar dibawah. Tapi hasil footage menggunakan merlin ni macam org panggil 'fluid motion'. Banyak video yang dihasilkan menggunakan merlin homebrew ni. Memang lain dan gerakannya sangat smooth.



Dibawah ni homebrew merlin guna kayu dari yb2normal

Yang ni pula gimbal design dari wsclaster

0 ulasan: