Isnin, 25 Mei 2009

My first 40m QSO

Petang ni monitor di 40m. Kedengaran 9M2SW dan 9M2NZ tengah QSO dengan rancak. Still tak berani nak masuk sebab setup belum mantap. Sesambil layan harmonic dan monitor di 7043 then kedengaran 9M2MGL cq. Cuba try contact, Alhamdulillah dapat walaupun report 56. Kira OKlah tu dengan antenna QRP ni. antenna yang diguna ialah PAR end fedz 10,20,40m. Masa tu guna 45W tapi pwr meter cuma tunjuk 25W je. Then kedengaran 9M2SW masuk dengan 59 report dan 9M2RS 55. Tapi 9M2SW tak boleh copy saya. Then 9M2YAS dan 9M2NAZ pun join. Copy semakin merosot dan terus qro ke 75W..so apa lagi, rig terus padam lcdnya dan restart bila PTT ditekan. Terus panic. Memang sah antenna ni tak boleh guna high power. sebenarnya antenna ni terbengkalai agak lama kat atas rumput...suatu hari masa trim rumput kat halaman guna mesin potong rumput bermatakan pisau, then tak perasan ada antenna kat atas rumput tu, habis antenna tu kena sapu dengan mata pisau dan luka parah. Insulatornya byk yang terkopak kena mata pisau potong rumput dan perasan hari tu masa nak naikkan ada karat kat wirenya. Mungkin disebabkan itu so conducting dah tak berapa baik. Apapun terima kasih pada rakan2 terutama pada 9M2MGL atas QSO. Harap jumpa lg di 40m.....sekian alkisah

0 ulasan: