Khamis, 28 Mei 2009

Im the captain the sailor man

Dapat can masuk ke kokpit feri..so apa lagi...rampasan kapal pun berlaku. Captain feri ni baik semacam lak. Sesambil dia drive feri tu dia pun tunjukkan dan beri penerangan tentang apa yang ada di console feri tersebut. antaranya ialah radar, ultrasonic depth meter, GPS bearing dan coordinate serta tak lupa vhf marine radio. Byk alat2 yang dipakai jenama Furuno. Cuma radio vhf tu je jenama Samyung. Feri pangkor ni bergerak dalam kelajuan 13 knot..tak sure nak convert ke kmj tapi dengan guna gps etrex vista yang saya bawa, kelajuannya lebih kurang 27km/j. Maximum speed ialah 17knot kata captain tu. Laluan feri pergi dan balik telah ditetapkan so bila track dengan gps, memang betul2 feri ni ikut laluan. Tak puas rasanya lepak kat dalam kokpit ni sebab kejap je dah sampai jeti. Anggaran masa diambil ialah 30 minit.

0 ulasan: