Ahad, 18 Mei 2008

Electronic keyer update.

Setelah selesai melakukan pemasangan komponen maka K12 telah berfungsi dengan sempurna sepertimana K10. Oleh kerana permintaan dari rakan 9W2NTO maka saya menyerahkan keyer K12 tersebut kepada beliau. Beliau juga teruja apabila keyer tersebut digabungkan dengan squeeze paddle kerana sebelum ini jari berasa sakit akibat mengetuk suis ossilator..hi hi...Begitu juga dengan keyer K10 yang telah diserahkan kepada 9W2BMD. Rakan lain jangan risau dan bermuram durja..HI HI. Terutamanya pd Pak Pendeta dan Delta Delta kerana saya akan membawakan lagi K12 dalam bilangan yang kecil untuk saya sendiri dan beberapa rakan yang berkeinginan untuk memiliki electronic CW morse keyer ini. So jika ada rakan diluar sana yang meminati dan ingin mempelajari morse code, bolehlah emailkan pada saya. Sekurang2nya dengan bantuan keyer ini ianya akan memberikan semangat untuk mempelajari CW secara berterusan.

0 ulasan: