Ahad, 23 September 2007

Silent key of sc3ib3

Assalamualaikum rakan2,

Kebetulan pulak ada internet akses di hospital bersalin ni. Dikesempatan ini saya mencoretkan perkembangan terkini berkenaan xyl saya. Alhamdulillah, xyl dah beransur pulih. Mungkin sehari dua ni xyl saya akan discharge dari hospital ni.

Saya ingin mengucapkan terima kasih pada rkan yang membantu dalam menguruskan jenazah harmonic saya hari ini. Terutama pada sc2fy dan fw yang sanggup datang seawal pagi ke hospital bersalin ni. Dengan bantuan fw sebagai pilot, kami bergerak membawa jenazah pulang ke kampung halaman saya di sg besar. fy agak qrl kerana ingin bergerak ke melaka menemui saudara dengan program yang telah diatur. So fw telah membawa saya hingga ke sg buluh jeram kerana diwaktu tersebut saya terpaksa memangku jenazah. Pilot diambil alih oleh fs dan mz membawa jalopy fs hingga ke tg karang. Dipertengahan jalan, kami sempat bersalaman dengan sb. bmd telah sedia menunggu di tg karang dan mz meninggalkan jalopy fs di hospital tg karang dan menaiki jalopy bmd. Kami meneruskan perjalanan hingga ke rumah bonda saya di kampung parit 9 sg panjang.

Di sana orang kampung dan tok imam telah menunggu. Lebih kurang jam 10am jenazah disembahyangkan. Kemudia kami bergerak semula membawa jenazah ke tanah perkuburan bagan terap. Dengan bantuan orang kampung, lubang kubur digali dan bayi tersebut disemadikan. kemudia bmh pun tiba. Kami bersama2 bertahlil di tanah perkuburan tersebut. bme dan bml juga tiba di lokasi tapi malangnya kami sudah bergerak pulang. Kami berkonvoi semula ke rumah bonda saya. Lepastu sesi eyeball pun bermula sambil tanggo2 dan bergurau senda. Sekitar jam 12 tghhari, rakan2 bergerak pulang. Saya pula pulang agak lewat sedikit iaitu selepas zuhur bersama ayahanda mertua.

Itulah coretan untuk kali ini. :-) terima kasih pada rakan yang membantu dan terserlah semangat setiakawan rakan2 sebagai pengamal radio ham sejati. Saya juga mengucapkan terima kasih pada yang rakan yang melawat xyl saya sewaktu saya berada di kampung. Kalau tak salah sc2mh dan satu lagi rakan hadir tapi xyl saya tak qsl.
Terima kasih semua..jasa kalian tidak akan ku lupakan.
de sc3ib/9w2ibr

0 ulasan: